-->

Video tular pekerja Shopee Express bukak parcel, campak barang customer, undang kecaman netizen

Jika sebelum ni perkhidmatan kurier untuk platform e-dagang Shoppe boleh dipilih oleh pelanggan. Namun pihak Shopee telah menukar perkhidmatan tersebut kepada Shopee Express dan J&T.

Walaupun rungutan sering diberikan oleh pelanggan kerana kelewatan perkhidmatannya, namun sehingga kini situasi terrsebut masih sama disebabkan oleh lambakan parcel.

Satu video viral tular menunjukkan gelagat pekerja Shopee Express yang membuka bungkusan pelanggan. Dalam video tersebut mereka menyindir pelanggan yang membeli pisang secara dalam talian, bukannya barangan seperti baju.

Video tersebut mengundang rasa marah netizen dengan tindakan pekerja-pekerja berkenaan.

“Patutlah aku punya barang delivery rosak. Macam ni je dorg buat kat barang-barang tu,” tulis Ahmad Mistaken.

“Patut la kadang-kadang dapat barang ade kesan koyak. Main intai-intai ye,” kata Azfar.

“No wonderla barang selalu peram lama-lama. Korang jangan beli barang-barang mahal kat Shopee. Ingtatkan staff J&T je perangai hanat macam ni,” tulis Mademoiselle.

Susulan dengan kecaman itu, pihak Shopee Express menerusi komen di Twitter tular itu memohon maaf diatas insiden tersebut dan akan menyiasat perkara yang berlaku. Menerusi komen itu juga pihaknya juga akan menyiasat parcel yang belum diterima oleh pelanggan.

“Kami memohon maaf di atas insiden ini. Pihak kami sedia maklum akan isu video yang telah tular dan sedang dalam siasatan,” tulisnya. 

Sumber: Bbiy

The post Video tular pekerja Shopee Express bukak parcel, campak barang customer, undang kecaman netizen appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar