-->

Farid Kamil enggan lafaz talak, Diana Danielle nafi terima 8 bentuk cincin

Pelakon Farid Kamil dilaporkan enggan melafazkan talak terhadap isterinya, Diana Danielle, walaupun telah diminta berbuat demikian oleh mahkamah.

Menurut peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamannya sudah menyatakan pendiriannya dengan jelas bahawa dia tidak mahu meneruskan perkahwinan mereka atas sebab-sebab tertentu.

Keengganan Farid itu menyebabkan hakim merujuk perkara itu kepada hakam keluarga atau hakam islah dan memerlukan satu lagi proses rundingan.

“Jadi, kita akan lihat hasilnya dan kalau berjaya, dia akan lafazkan cerai. Kalau dia masih enggan, kita akan serahkan kepada hakam mahkamah dan mahkamah akan minta wakil kepada suami untuk lafaz,” katanya.

Peguam syarie mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan pula berkata, Farid tetap dengan keputusannya enggan melafazkan talak kerana masih mahu berusaha menyelamatkan rumah tangganya.

Bapa kepada dua anak itu juga mendakwa Diana telah menerima sejumlah barangan kemas yang diberikan melalui dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora. Dengan itu, Farid yakin harapan untuk kembali bersatu dengan isterinya itu masih ada.

“Cincin pun sudah diterima, lapan barang kemas pun sudah diterima. Dia ucapkan terima kasih pun dituturkan kepada anak-anak,” katanya.

Bagaimanapun, Diana menafikan dakwaan itu dan menegaskan dia tidak pernah menerima mahupun mengucapkan terima kasih kepada Farid di atas pemberian tersebut.

“Sebenarnya saya tidak menerima lapan bentuk cincin berkenaan. Dia berikan kepada anak dan suruh serahkan kepada saya. Saya berasa sangat kurang selesa dan tidak mahu memberi sebarang reaksi.

“Saya juga tidak pernah berterima kasih sebab saya menolak pemberian itu melalui peguam tetapi dia gunakan anak untuk serahkan kepada saya.

“Jadi selepas ini jangan pass sebarang pemberian melalui anak-anak lagi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Farid Kamil enggan lafaz talak, Diana Danielle nafi terima 8 bentuk cincin appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar