-->

Terima teguran nenek, tetapi Syasya Dolla juga mahu jadi dirinya sendiri

Anggota kumpulan Dolla, Syasya menerima baik teguran dan nasihat neneknya yang juga merupakan pelakon veteran, Rozie Othman berkenaan penampilan diri yang dikatakan seksi dan mencolok mata.

Syasya berkata, generasi baru sepertinya ada gaya tersendiri dan sudah tentu ada perbezaan diantara zaman dahulu dan sekarang.

Namun begitu katanya, dia ingin membawa imejnya sendiri dan menjadi diri sendiri tanpa berpura-pura menjadi orang lain.

“Bagi saya apa yang nenek kata itu ada betulnya. Dia (nenek) pun ada niat yang baik. Sebagai cucu, saya faham kebimbangannya terhadap keselamatan saya,” katanya.

Syasha berkata neneknya ada berhubung dengannya dan memberikan nasihat tentang penampilannya.

Terdahulu, Rozie menasihatkan Syasya agar tidak tampil dengan pakaian terlalu seksi hingga jadi perhatian ramai dan sering dikecam netizen.

“Nasihat nenek pun saya selalu dengar. Nenek seorang yang ‘cool’ (tenang). Dia pernah jadi pelakon dan faham situasi industri seni macam mana.

“Sebagai nenek, mestilah dia ambil berat perkembangan saya. Banyak orang cakap macam-macam dan tentulah dia terpanggil untuk nasihat,” katanya.

Pada masa sama, Syasya menjelaskan tidak pernah berasa terbeban apabila penampilan dirinya sering dikaitkan dengan seksi.

“Setiap orang ada pendapat masing-masing berkenaan cara pemakaian saya. Kalau ada yang terasa saya seperti terlebih, insyaAllah saya akan kurangkan pada masa depan.

“Tapi seperti dikatakan ia adalah imej saya yang tersendiri. Saya hanya nak orang kenal siapa Sasya Rizal Dolla,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Terima teguran nenek, tetapi Syasya Dolla juga mahu jadi dirinya sendiri appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar