-->

‘Nak tahu apa mereka rasa’ – Bella Astillah berminat nak lakonkan watak penyondol

Pelakon Bella Astillah, 29, tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk melakonkan watak penyondol dalam lakonannya selepas ini.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia berminat unttuk mencuba melakonkan watak berkenaan yang sememangnya berlaku dalam kehidupan realiti.

“Kalau ada tawaran watak itu, saya akan menerimanya sekarang. Saya okay saja untuk melakonkan watak itu sebab mahu tahu apa yang mereka rasa? Seronok ke?

“Bukankah hidup sebagai penyondol menjadi tidak tenang dan berasa takut?” katanya.

Selain itu, Bella juga berminat untuk menerima apa sahaja watak yang diberikan, termasuk watak jahat bagi memantapkan mutu lakonannya.

“Saya berharap dapat peluang melakonkan watak jahat yang mampu mencabar lakonan sedia ada selepas ini. Saya percaya setiap watak yang dijayakan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi lebih bagus dalam bidang lakonan,” katanya.

Malahan, Bella juga sudah bersedia menerima reaksi negatif daripada penonton sekiranya melakonkan watak jahat atau penyondol kerana daripada reaksi itulah yang menandakan lakonannya menjadi.

“Jika penonton berasa benci ia disebabkan lakonan saya melakonkan watak terbabit benar-benar menjadi. Bila bergelar pelakon, kita akan cuba apa saja watak yang diberi. Dari situ kita akan melalui pengalaman. Kalau tak buat, sampai bila-bila kita tidak akan melalui proses terbabit,” ujarnya memetik laporan daripada Harian Metro, Jumaat, 19 Mei.

Walaubagaimanapun, Bella selalu mendapatkan pandangan dan nasihat daripada suaminya, Aliff Aziz, sebelum menerima tawaran berlakon berbanding sebelum ini dia membuat keputusan sendiri.

Sebelum ini, rumah tangga Bella dan Aliff pernah diuji apabila Aliff terjebak dengan cinta di lokasi penggambaran dengan dua pelakon wanita. Namun, rumah tangganya dapat diselamatkan setelah pasangan itu mengambil keputusan untuk berdamai.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Nak tahu apa mereka rasa’ – Bella Astillah berminat nak lakonkan watak penyondol appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar