-->

Isteri nekad tuntut cerai kerana suami bawa pelacur balik ke rumah

Tugas seorang isteri bukan hanya menjaga anak-anak sahaja, tetapi banyak perkara yang perlu difikirkan bagi memastikan rumah tangga yang dibina sentiasa terjaga.

Peranan seorang suami pula membantu si isteri dalam apa-apa tugasan yang diperlukan oleh si isteri dan bukannya tertumpu kepada hubungan intim semata-mata.

Luahan seorang wanita mengenai rumah tangganya amat mengejutkan netizen. Pengadu yang mempunyai tiga orang anak meluahkan rasa kepenatannya dalam menguruskan rumah tangga. Pernah menyuarakan perkara itu kepada suami, namun lelaki itu tidak mengendahkannya.

“Saya penat jaga anak umur 5 tahun, 3 tahun dan 7 bulan. Saya akan bangun untuk menyusukan anak dan pukul 5:30 pagi untuk menguruskan anak.

“Hari tu, ibu saya mahu jagakan anak dekat rumah, jadi tinggal la saya, baby dan suami. Ketika itu, saya menolak untuk bersama kerana penat,” katanya.

Namun, pengadu tidak menyangka tolakkannya itu dibalas suami dengan membawa balik pelacur ke kediaman mereka.

“The next day, dia bawak balik pelacur ke rumah kami,” luahnya.

Kecewa dengan perbuatan suaminya, pengadu nekad menuntut perceraian.

Luahan pengadu itu mengundang rasa marah netizen terhadap suaminya yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, sebaliknya hanya memikirkan nafsu dirinya semata-mata dalam perkahwinan.

Tidak kurang juga ada netizen yang meminta pengadu meneruskan saja niatnya untuk meneruskan permohonan cerai.

Sumber: Abudi Alsagoff

The post Isteri nekad tuntut cerai kerana suami bawa pelacur balik ke rumah appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar