-->

Tak puas hati pertunangan diputuskan, punca suspek tikam bekas tunangnya sampai mati

Media semalam melaporkan seorang wanita berusia 21 tahun maut ditikam oleh bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu, pada jam 12 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, suspek dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang memutuskan pertunangan mereka.

Siasatan awal polis juga mendapati, mangsa memutuskan pertunangannya dengan suspek berusia 33 tahun itu, atas alasan peribadi. Insiden itu berlaku dua hari lalu sebelum kejadian.

Sejak daripada itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai aiskrim kerap diganggu oleh suspek yang datang ke tempat kerjanya.

Suspek berusaha memujuk dan mendesak mangsa untuk kembali semula ke pangkuannya/ Namun mangsa tetap bertegas dengan keputusannya untuk tidak menerima bekas tunangnya itu.

Berang dengan respond yang diterima, suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali di bahagian badan menggunakan pisau menyebabkan wanita itu menjerit sebelum jatuh terlentang di lantai.

Jeritan mangsa didengari oleh anggota keselamatan yang kemudian segera datang ke tempat kejadian dan mendapati dia berlumuran darah, manakala suspek masih berada berdekatan dengan mangsa.

Pihak keselamatan terus menghubungi polis dan suspek telah ditangkap untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro (Juwan Riduan)

The post Tak puas hati pertunangan diputuskan, punca suspek tikam bekas tunangnya sampai mati appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar