-->

Guru liwat pelajarnya berulangkali di rumah sewa, perbuatannya terbongkar selepas bapa melihat cara mangsa berjalan

Seorang guru di Batam, Kepulauan Riau tergamak meliwat pelajarnya berkali-kali dan perbuatan kejinya itu terbongkar selepas orang tua mangsa melihat anaknya berjalan dalam keadaan menahan kesakitan.

Ketua Polis Sektor Sagulung, Donald Tambunan berkata, kejadian itu disedari oleh bapanya pada 14 Mei 2023 semasa mangsa berusia 17 tahun itu bersama keluarga menghadiri majlis saudara mara.

Pada ketika mangsa mahu duduk, bapanya menyedari cara anaknya berjalan pelik dan mengalami kesukaran untuk duduk. Dari situ, dia terus bertanya kepada mangsa mengenai apa yang berlaku dan memeriksa bahagian belakang badan anaknya itu.

Semasa diperiksa, dia terkejut apabila melihat ada luka di bahagian dubur dan berair. Lelaki berkenaan terus membawa anaknya pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Dalam pada itu, si bapa berterusan mendesak mangsa untuk mendedahkan apa sebenarnya yang telah berlaku pada dirinya. Setelah puas didesak, mangsa akhirnya mengaku yang dirinya telah diliwat oleh gurunya sejak 9 Mac 2023 secara berulangkali di rumah sewa.

Tidak dapat menerima pengakuan itu, bapanya terus berjumpa dengan suspek di rumah sewanya dan membawa dia ke rumah sambil diikuti beberapa guru yang lain.

Dalam pertemuan itu, suspek mengaku meliwat mangsa dan terus dibawa ke Balai Polis Sagulung untuk diserahkan kepada pihak polis.

Sumber: Kompas

The post Guru liwat pelajarnya berulangkali di rumah sewa, perbuatannya terbongkar selepas bapa melihat cara mangsa berjalan appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar