-->

Lelaki mengadu sakit perut luar biasa selepas botol deodoran tersangkut dalam punggung

Seorang lelaki Iran berusia 30 tahun terpaksa menahan kesakitan selama dua jam sebelum meminta bantuan dari pihak hospital untuk mengeluarkan botol deodoran yang tersangkut di dalam punggungnya.

Pada awalnya, mangsa mengadu sakit perut yang luar sebelum dan mengaku ada memasukkan bendasing ke dalam dubur, namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai objek tersebut.

Doktor kemudian melakukan pemeriksaan pada dubur pesakit dan tidak berjaya menemui sebarang tanda-tanda trauma, pendarahan atau luka. Pasukan medik juga tidak menemui sebarang bendasing yang dimasukkan.

Hal itu membuatkan pasukan perubatan terpaksa bergantung pada imbasan x-ray bagi mengenal pasti kedudukan botol tersebut.

Lelaki berkenaan dibawa ke Dewan Bedah di Jabatan Kecemasan Universiti Sains Perubatan Tehran. Dalam prosedur itu, perut pesakit ‘dibuka’ dan botol deodoran yang tersangkut itu berjaya dikeluarkan pada hari yang sama.

Selesai pembedahan, dia diminta untuk tinggal di wad selama sehari dan berjumpa dengan pakar psikiatri sebelum dibenarkan pulang.

Kebiasaannya, individu yang memasukkan sebarang objek ke dalam dubur mereka adakah untuk mencapai keseronokan seksual. Ini kerana, sebahagian besar saraf dalam dubur adalah sangat sensitif. Bagi wanita, ia juga secara tidak langsung boleh merangsangkan bahagian alat sulit.

Namun, perbuatan itu boleh mengundang kepada beberapa risiko berbahaya seperti menyebabkan usus berlubang yang boleh membawa maut kerana bahan daripada saluran penghadaman boleh tertumpah ke bahagian lain badan, menyebabkan berlakunya jangkitan.

Sumber: Daily Mail, Visual Journal of Emergency Medicine

The post Lelaki mengadu sakit perut luar biasa selepas botol deodoran tersangkut dalam punggung appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar