-->

‘Suspek hiris perut mangsa sehingga ususnya terburai, seluk perut untuk buang bayi’ – Kronologi kes bunuh wanita hamil 4 bulan

Kes seorang wanita hamil empat bulan mati dibunuh dan mayatnya dibakar dua kali oleh teman lelakinya baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Majoriti mengecam perbuatan suspek berusia 20 tahun itu yang bertindak kejam terhadap mangsa, hanya kerana mahu menyembunyi perkara itu daripada diketahui oleh keluarganya.

KRONOLOGI KEJADIAN

8.10 pagi, 23 Mei 2023, polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat mangsa dalam keadaan terbakar 60 peratus di kawasan belukar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor.

Susulan penemuan mayat mangsa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sabak Bernam dan Cawangan Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor) telah menahan suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan itu, di Taman Padu Permai.

Polis turut merampas beberapa barangan milik suspek seperti telefon bimbit, pakaian, pisau berhulu kayu, beg tangan berwarna hitam, topi putih dengan kesan darah dan kereta Perodua Alza (milik ibu suspek), untuk membantu siasatan.

BERGADUH & BERGELUT DI LUAR KERETA

Siasatan awal mendapati, suspek mengambil mangsa dari rumah sepupunya kira-kira jam 8 malam sebelum dibawa keluar makan di sebuah kedai. Selesai makan, pasangan itu pergi ke lokasi kejadian.

Berlaku pergaduhan dan pergelutan di luar kereta dan suspek dikatakan telah mengambil sebatang kayu di kawasan kejadian lalu memukul kepala mangsa sehingga terjatuh dan di kesempatan itu, suspek memukul kepala mangsa sebanyak dua kali.

Selepas itu, suspek mengambil pisau dari bonet kereta lalu menghiris bahagian perut mangsa sehingga usus perutnya terburai. Suspek kemudian menyeluk ke dalam perut mangsa bagi tujuan membuang bayi dari dalam perutnya.

Selesai berbuat demikian, suspek membakar mayat mangsa sebelum diheret ke tepi parit berdekatan tempat kejadian.

Bagi menghapuskan bukti, barang-barang milik mangsa dibuang ke dalam parit, manakala telefon bimbitnya dibuang di lokasi lain.

BAKAR BUAT KALI KEDUA

23 Mei 2023, jam 7.30 pagi, suspek menaiki motosikal dan membeli minyak di sebuah stesen minyak di Sungai Besar. Tiba di lokasi kejadian, suspek menarik mayat mangsa dari dalam parit ke tebing, lalu disimbah dengan minyak sebelu mmenyalakan api dan beredar.

Semasa disoal-siasat, suspek memberitahu bahawa dia tidak mahu mengaku bayi dalam kandungan mangsa adalah bayi hasil dari perhubungan sulit di antara mereka.

Dalam perkembangan terkini, polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan. Kesemua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu terdiri daripada saksi yang boleh membantu siasatan termasuk ahli keluarga mangsa dan suspek.

Setakat ini, tiada sebarang penahanan baru yang dibuat oleh pihak polis.

The post ‘Suspek hiris perut mangsa sehingga ususnya terburai, seluk perut untuk buang bayi’ – Kronologi kes bunuh wanita hamil 4 bulan appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar