-->

‘Sara kena jaga diri, jaga aurat’ – Anak menangis dipisahkan daripada ibunya yang hilang hak penjagaan

Apabila berlaku perceraian, anak-anak selalu menjadi mangsa keadaan. Di usia yang masih kecil, mereka tidak diberikan hak untuk memilih mengikuti ibu atau bapa, sebaliknya hak itu ditentukan oleh mahkamah berdasarkan pertimbangan setelah meneliti beberapa perkara utama.

Tular di media sosial semalam, perkongsian dari Yuseri Yusoff, mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun terpaksa berpisah dengan ibunya ekoran keputusan mahkamah telah menetapkan hak penjagaan diberi kepada bapanya.

“Hari ini (25 Mei 2023, Khamis) di mahkamah. Anak perempuan berusia 9 tahun ini merupakan anak kepada pasangan orang asli yang telah berpisah. Setelah berpisah, si ibu telah memeluk agama Islam, bersama dengan anak yang dijaganya. Manakala si bapa bukan Islam.

“Isunya, semasa berada di bawah jagaan si bapa, anak ini dipaksa minum arak. Selain itu, bapanya bersekedudukan dengan perempuan dan tidak mempedulikan tentang anaknya sebelum ini.

“Ketika dijaga oleh bapanya, si anak ini diserahkan ke merata tempat dan menjadi mangsa penderaan dan buli, sebelum si ibu membawanya lari ke Terengganu,” katanya.

Jelas Yuseri, perkara itu diketahui oleh si bapa yang kemudian membuat permohonan mendapatkan hak penjagaan dengan bantuan daripada beberapa NGO yang sudi menyediakan khidmat guaman dari firma terkemuka. Sedangkan si ibu kepada kanak-kanak itu tidak berkemampuan dan hanya berharap pada Biro Bantuan Guaman.

“Tadi ya hakim enggan mendengar permohonan daripada peguam pihak ibunya dengan alasan si ibu tidak hadir sebelum ini. Selain terus mengeluarkan perintah habeas corpus di mana si ibu perlu menyerahkan anak kepada bapanya kandungnya.

“Hakim juga menolak permohonan lanjutan masa (EOT), maka anak tadi terpaksa diserahkan kepada bapanya, emmbuatkan anak itu menangis kerana tidak mahu berpisah dengan ibunya,” ujarnya.

Difahamkan, Yuseri dan beberapa peguam yang dikenalinya akan membantu wnaita berkenaan untuk memfailkan rayuan agar kanak-kanak itu dapat kembali ke pangkuan ibunya.

Sumber: Instagram Yuseri Yusoff

The post ‘Sara kena jaga diri, jaga aurat’ – Anak menangis dipisahkan daripada ibunya yang hilang hak penjagaan appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar