-->

Bapa beri dadah sebelum perkosa anak selepas bercerai dengan isterinya, sejak 3 tahun lalu

Seorang bapa berusia 45 tahun tergamak memberi dadah sebelum memperkosa anaknya sendiri dalam kejadian di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Mangsa berusia 14 tahun itu juga didapati telah menjadi tempat melampias nafsu bapanya sejak tiga tahun lalu.

“Suspek selalu mencabul anak perempuannya dan perbuatan itu dilakukan sejak tiga tahun lalu. Suspek memberi dadah kepada mangsa sebelum dirinya mengambil bahan terlarang itu,” kata Ketua Polis Belawan, Josua Tampubolon, Rabu, 24 Mei 2023.

Menurut Josua, suspek dan isterinya sudah bercerai sejak tiga tahun lalu dan mangsa tinggal bersama bapanya yang hanya diberi nama ‘YB’.

Selama tinggal bersama YB, mangsa yang seharusnya mendapat kasih sayang tidak kesampaian apabila dia menjadi tempat untuk melampias nafsu YB.

Tidak tahan diperlakukan seperti itu, mangsa kemudian menceritakan segala perbuatan keji bapanya kepada ibu kandung pada Isnin lalu, 22 Mei 2023. Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibunya terus membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan suspek.

Semasa ditemubual media, suspek mengaku bersalah kerana melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun dia memberikan alasan perbuatan itu dilakukannya kerana kecewa dengan bekas isteri.

“Saya khilaf, saya juga kecewa selepas mengetahui dia (mangsa) bukan anak kandung saya dan saya juga berdendam dengan ibunya,” kata suspek.

Sumber: Kompas

The post Bapa beri dadah sebelum perkosa anak selepas bercerai dengan isterinya, sejak 3 tahun lalu appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar