-->

Misi pencarian pendaki Malaysia di gunung Everest kesuntukan masa, Mungkin bantuan kilat diperlukan ini kos sbenar

perkembangan terkini misi mencari pendaki negara, Muhammad Hawari Hashim di mana masa semakin singkat kerana Gunung Everest akan ditutup pada 29 Mei ini.

Dalam perkongsian sebelum ini juga, kami ada kongsikan jangkaan kos yang diperlukan dalam misi mencari ini dan mereka memerlukan dana yang cukup untuk itu.

Terkini, Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan memperuntukkan RM1.48 juta bagi menampung kos yang diperlukan.

Dana itu adalah daripada kerajaan kerana SAR dikendalikan oleh kerajaan Malaysia, termasuk Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar.

Ini adalah anggaran kos SAR dan kita perlu bertindak cepat memandangkan ada tempoh sehingga 28 Mei untuk operasi. – Kata Ketua Setiausaha kementerian Dr K. Nagulendran.

Dana itu akan digunakan untuk membayar 6 sherpa (pengiring jalan) dan helikopter yang telahpun digunakan ketika ini untuk misi mencari dari atas udara.

Sama-sama kita doakan agar Hawari dijumpai dalam keadaan selamat dan dapat pulang ke tanah air dengan segera.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33 tahun,yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest pada Jumaat (19 Mei) diteruskan walaupun membabitkan kos tinggi, lapor Astro AWANI.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Menteri Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali, kos pencarian tinggi kerana melibatkan penggunaan helikopter serta dibantu malim gunung.

“Sebab kos pencarian cukup tinggi melibatkan helikopter, malim gunung di sana dan Alhamdulilah Perdana Menteri memberi komitmen kerajaan akan membantu dari segi kewangan untuk proses pencarian selain sumbangan pihak-pihak terlibat.

“Proses pencarian masih diteruskan dan tindakan kerajaan tidak akan berhenti.

“Saya difahamkan pada pukul 2.30 petang tadi (25 Mei) Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) telah membuat sidang media di Parlimen memaklumkan komitmen kerajaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Op Ramah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Rabu (25 Mei).

Jumaat lalu, Muhammad Hawari, seorang peserta ekspedisi Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang kurang upaya pendengaran, dilaporkan hilang ketika turun dari kem empat selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu dan dipercayai terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse, Nepal.

Lurah ais sedalam lebih 1,000 meter antara cabaran yang dilalui malim gunung atau sherpa ketika menjejakinya.

Selain menggunakan khidmat malim gunung, pihak Kedutaan Malaysia di Nepal turut berikhtiar mengesan mangsa menggunakan isyarat telefon bimbit digunakan mangsa, namun usaha berkenaan mengalami kesukaran berikutan isyarat terakhir dikesan adalah pada 6 Mei lalu.

Usaha mencari dan mengesan Muhammad Hawari semakin suntuk ketika ini kerana pemerintah Nepal akan menutup semua aktiviti di pergunungan Everest pada 29 Mei atas faktor keselamatan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar