-->

‘Special customer, get special ingredient’ – Tak puas hati dengan ulasan jujur, peniaga disyaki letak kotoran pada makanan pelanggan?

Bagi melariskan jualan serta menarik ramai pelanggan, penjual dan juga pemilik restoran dan kedai makan kebiasaanya akan mengupah pempengaruh untuk membuat ulasan makanan. Ada pempengaruh yang memberikan ulasan yang jujur dan ada juga yang hanya sekadar memenuhi ‘jemputan.’

Selain pempengaruh yang dikenali sebagai Jason yang memberikan ulasan yang jujur dengan menu yang dihidangkan, Syafiq juga dikenali netizen kerana berbuat demikian. Video ulasan Syafiq menjadi tular apabila dia membuat ulasan jujur mengenai menu hidangan sebuah restoran ini.

Rentetan dengan ulasan yang dibuat oleh Syafiq, seorang pemilik restoran mengaku meletakkan ‘bahan khas’ yang didakwa sebagai bahan kotor di dalam makanan yang dihidangkan buat pelanggan.

Perkara tersebut didedahkan menerusi satu ciapan di Twitter, apabila tangkap layar hantaran pemilik restoran tersebut tular sejak petang semalam.

Di dalam hantaran tersebut, pemilik restoran itu berkata hanya mereka bekerja dalam bidang perhotelan sahaja yang tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘bahan khas’ itu.

“Bilalah influencer (pempengaruh) ini nak datang kedai Tom. Yang sorang dah ‘check-mate’ kena bahan khas dalam makanan. Hanya budak hotel sahaja yang tahu apa Tom maksudkan bahan khas,” tulisnya.

Seorang pengguna dikenali Mira Hana mendedahkan, ‘bahan khas’ itu dimaksudkan dengan bahan-bahan jijik yang sengaja diletakkan oleh tukang masak dalam hidangan.

“Kalau ‘special ingredient’ (bahan khas) itu, budak hotel tahu makanan itu sudah kena diludah atau dikahak.

“Walaupun bukan budak hotel, banyak restoran yang buat. Kalau ada pelanggan ‘meroyan’ sikit, makanan mereka akan kena ludah, air liur berkahak, tahi hidung, kuku kaki, dan taik telinga.

“‘Special customer’ (pelanggan khas) bermaksud pelanggan banyak bunyi. Jadi dapatlah apa-apa yang jijik untuk kenakan pelanggan yang kurang ajar itu,” tulis Mira Hana.

Melihat situasi ini, ramai yang terkejut dan menggesa pihak berkuasa untuk berbuat sesuatu kepada pemilik restoran terbabit.

“Kalau macam ini boleh laporkan kepada pegawai kesihatan, sebab pemilik restoran sendiri yang mengaku meletakkan ‘bahan khas’ dalam masakan,” ciap Hafiy.

“Kedai ini pernah beberapa kali marah pelanggan sebab tinggalkan ‘review’ jujur dan buruk untuk kedai dia,” komen Fatin Jaafar.

“Sebagai orang yang kerja dalam hotel, saya boleh sahkan ‘bahan khas’ itu adalah ludah. Mereka akan buat pada pelanggan yang kurang ajar. Tetapi tak semua hotel macam itu,” ciap seorang pengguna.

Sumber: Kosmo! Online, Cikgu_Anep

The post ‘Special customer, get special ingredient’ – Tak puas hati dengan ulasan jujur, peniaga disyaki letak kotoran pada makanan pelanggan? appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar