-->

Saman guru sebab ponteng 7 bulan, peguam persoal keputusan exam pengadu yang kurang cemerlang

30 Oktober 2018, Siti Nafirah, pelajar kelas 4 Perdagangan (4PD) di SMK Taun Gusi pada 2015, telah memfailkan saman terhadap gurunya, Jaimal, kerana ponteng kelas selama tujuh bulan pada 2015.

Selain Jaimal, Suid (atas kapasitinya sebagai pengetua sekolah), SMK Taun Gusi, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, pengarah pendidikan Sabah, ketua pengarah pelajaran, menteri pendidikan, dan kerajaan Malaysia turut dinamakan sebagai defendan.

Siti mendakwa defendan pertama gagal hadir ke sekolah untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris, manakala defenda kedua pula tidak mengambil langkah segera untuk menangani masalah tersebut yang menyebabkan pelajar 4PD tidak bersedia untuk peperiksaan yang ditetapkan.

Keputusan peperiksaan teruk

Bagaimanapun dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini, Peguam Kanan Persekutuan Mohd Hafizi Abdul Halim mempersoalkan sama ada bekas pelajar berkenaan apakah dia benar-benar bersungguh mahu mengambil tindakan itu kerana Siti hanya hanya membuat aduan selepas dua bulan kemudian.

Turut dipersoalkan keputusan peperiksaan Siti yang dikatakan kurang cemerlang di mana subjek Bahasa Melayu bertulis (C), Sejarah (D), Perdagangan (D), Kesusasteran Melayu (D), Pendidikan Islam (C+), Sains (C+), Pendidikan Seni Visual (B) dan Bahasa Inggeris (C untuk ujian bertulis dan D untuk ujian lisan). Selain itu, dia juga juga gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu lisan dan Matematik.

Peguam juga menyoal jika gred untuk mata pelajaran lain yang sama dengan Bahasa Inggeris, bermakna guru-guru untuk mata pelajaran tersebut tidak menjalankan tguas atau jarang masuk ke kelas.

Nafi dibiaya oleh sesiapa

Siti menafikan perkara itu dan menjelaskan dia mengambil tempoh sehingga dua bulan untuk menunggu membuat laporan polis kerana masih menunggu tindakan daripada pihak sekolah.

Mengenai keputusan peperiksaannya yang kurang memberangsangkan, Siti berkata, dia mendapat gred rendah untuk beberapa mata pelajaran lain kerana tidak semua topik yang diulangkajinya.

Siti turut menafikan kononnya tindakan undang-undang diambilnya itu dibiayai oleh pihak ketiga.

Sementara itu, ahli psikologi Dr Noor Aishah Rosli mengesahkan Siti tiada masalah dari segi IQ, namun mengalami tekanan kerana trauma kerana ketelinggian dalam peljajaran.

Kes akan disambung semula pada 16 Ogos ini.

Sumber: MalaysiaKini

The post Saman guru sebab ponteng 7 bulan, peguam persoal keputusan exam pengadu yang kurang cemerlang appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar