-->

‘Padam segera atau saya saman awak’ – Pemandu Grab kesal mesejnya ditularkan di media sosial

Seorang pemandu e-hailing, Grab, menuntut permohonan maaf daripada seorang wanita bernama, Stella Milah, yang menularkan mesej dan gambarnya secara terbuka di media sosial, semalam.

“Saya tuntut permohonan maaf dan padamkan hantaran di Facebook itu dengan kadar segera. Saya beri tempoh 24 jam untuk berbuat demikian.

“Jika awak ingkar, saya akan buat laporan polis dan saya akan saman awak kerana menceroboh privasi Facebook saya,” tegas Jensen.

Terdahulu, Stella memuat naik gambar tangkap layar perbualannya di aplikasi Grab bersama Jensen.

Stella mendakwa, dia telah dimarahi oleh pemandu Grab berkenaan kerana memesan menggunakan perkhidmatannya walaupun destinasi yang ingin dikunjunginya itu adalah dekat.

“Mak aii. First time I kena marah dengan Grab driver. Terus kena cancel grab I.

“Sorrylah pakcik, panas bah matahari. Lepas tu mau jimat masa sikit untuk sampai awal ke destinasi. Bayar juga pun. Pakcik ni tak baik perangai macam tu,” tulis Stella.

Di media sosial, ada yang menyokong Stella kerana perkhidmatan e-hailing yang dipesan itu juga akan tetap dibayar walaupun jarak destinasi itu dekat atau jauh. Tidak kurang juga, ada yang beranggapan Stella salah faham di mana pemandu Grab itu sebenarnya memberi teguran, bukannya marah seperti yang didakwa.

“Uncle tu tak marah pun. Hati tisu betul. Dia cuma nasihatkan awak sebagai orang muda. Tak ada menghina, kata-kata kesat sekali pun. Kurangkan viral dan kurangkan play victim,” kata Fizi.

“Dia bayar untuk perkhidmatan, bukannya dia minta free. Dan sudah tentu dia ada sebab-sebab tersendiri kenapa dia nak gunakan Grab,” kata Anne.

“Driver tak ada hak untuk mempertikaikan kemahuan pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka. Ada kemungkinan penumpang dah berpakaian cantik dan tak nak menjejaskan make up, atau membawa barangan berat dan banyak lagi.Lagipun dia sendiri setuju nak bayar tambang perkhidmatan,” kata Patrick.

The post ‘Padam segera atau saya saman awak’ – Pemandu Grab kesal mesejnya ditularkan di media sosial appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar