-->

‘Terguris hati saya melihat kamu bersungguh beli tiket Coldplay’ – Ketua Pemuda PAS Kelantan kecewa dengan Khairul Aming

Dua hari lalu, pempengaruh terkenal berasal dari Kelantan, Khairul Aming, berkongsi pengalamannya membeli tiket konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung pada November ini.

Seperti mana yang lain, Khairul juga terpaksa bersaing untuk mendapatkan tiket tersebut dan hasil dari usahanya, dia berjaya membeli empat tiket setelah sekian lama menunggu.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu mengundang rasa kurang senang Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed, yang menulis surat terbuka untuk ahli perniagaan itu.

“Sebagai saudara seagama, lahir di negeri yang sama, saya terpanggil untuk memberi teguran. Seorang public figure yang bersih seperti saudara tidak seharusnya secara tidak langsung mempromosikan konsert dari artis yang lantang mempromosikan LGBT.

“Terguris hati saya apabila membaca posting Twitter saudara yang bersungguh menempah tiket. Sanggupkah saudara menjadi salah seorang penyumbang kepada sebaran budaya tidak sihat terutama kepada anak-anak muda?

“Saya percaya di usia sekarang saudara telah matang dalam membuat pertimbangan. Saudara tidak sepatutnya terlibat kerana saudara adalah ikutan ramai anak muda,” katanya dalam surat terbuka itu.

Netizen kritik Ketua Pemuda PAS Kelantan

Bagaimanapun, kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan itu dikritik oleh netizen yang mendakwa dia membuat teguran tanpa mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.

“Kalau rasa terpaling islamik sangat, selesaikan dulu masalah bekalan air bersih di Kelantan dulu. Perkara paling asas dalam hidup pun tak mampu nak selesaikan,” komen Iskandar Zulzak.

“Benda jauh di seberang ditegurnya. Minum air lumpur bertahun-tahun tak maju tak mengapa. Menteri beli kereta Mercedes Benz, diam. Menteri tak kompeten, diam. Janji Isle,” komen Syakir Hassan.

“Mercedes Benz, Facebook dan banyak lagi brand besar support LGBT dan sudah semestinya ada pemimpin PAS menggunakan brand tersebut. Ketua Pemuda PAS Kelantan takkan tak nak tegur member sendiri? Ke takut?” komen Mian.

Sumber: Twitter

The post ‘Terguris hati saya melihat kamu bersungguh beli tiket Coldplay’ – Ketua Pemuda PAS Kelantan kecewa dengan Khairul Aming appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar