-->

'Saya tak teruja' - Sanusi tidak teruja pengumuman RM1.6 bilion untuk Kedah



Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 1.6 bilion untuk membangunkan negeri Kedah. Peruntukan tersebut juga dikatakan merupakan perbelanjaan yang tinggi untuk Kedah berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Namun begitu, menerusi laporan Kosmo, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu beliau tidak teruja dengan pengumuman peruntukan RM1.6 bilion daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kedah, baru-baru ini.


Menurut Muhammad Sanusi, ia kerana pihaknya berpandangan peruntukan tersebut sebenarnya melibatkan projek-projek pembangunan Kedah yang diumum dan diusahakan oleh kerajaan terdahulu.


“Saya difahamkan projek itu adalah projek sambungan, ada projek RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) yang belum disiapkan dan disambung. Perkara rutin, bukan benda baharu dan kalau beliau bawa perkara baharu, RM1.6 bilion itu kita pun nak tahu apa?


“Saya taklah teruja sangat sebab dengar pelan RMK-12, pelan semua benda sudah ada dalam jadual. Diumum semula bukan benda baharu, kalau umum benda baharu saya nak dengar juga. Mai jual benda macam itu bila orang reti tak lakulah, orang tak reti lakulah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.


Walau bagaimanapun menurut Muhammad Sanusi, pihaknya mengalu-alukan pandangan Anwar yang menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya sama sekali tidak akan menganaktirikan empat negeri pembangkang di bawah Perikatan Nasional (PN).


Sumber: Kosmo! Online, Sinar Harian



LihatTutupKomentar