-->

‘Saya tak mampu nak pikul mayat’ – Lelaki bunuh & kerat mayat rakan kepada 6 bahagian kerana dendam

Polis di Jawa Tengah menahan seorang lelaki berusia 50 tahun kerana membunuh dan mengerat mayat mangsa di rumahya di Kabupaten Sukoharjo, 28 Mei lalu, jam 1 tengah hari. Suyonon mengaku membunuh mangsa dengan cara memukul kepalanya menggunakan paip besi sebanyak tiga kali kerana dendam lama.

Selepas membunuh mangsa, Suyono bingung bagaimana cara mahu menghapuskan mayat berkenaan dan terlintas di fikirannya untuk mengerat mayat mangsa agar dapat dimasukkan dalam beg plastik.

“Saya sebenarnya tak terfikir nak kerat mayat tetapi disebabkan susah nak menghapuskan bukti, saya pun keratlah mayatnya. Ketika itu, saya sendiri menggeletar ketakutan kerana belum pernah melakukan hal seperti ini.

“Tetapi disebabkan saya takut perbuatan saya diketahui, lalu saya teruskan saja dan mayatnya dibuang ke tiga tempat bagi menghilangkan jejak.

“Saya tak mampu nak memikul mayat itu, beg plastik pula tak cukup luas dan besar. Selepas saya pukul mangsa sehingga meninggal, saya berdiam diri selama sejam,” katanya.

Tamat tempoh satu jam, Suyono teringat seorang rakannya yang menjual satey kambing lalu berjumpa dengannya untuk meminjam pisau tajam sepanjang 30 sentimeter untuk mengerat mayat mangsa kepada enam bahagian dan dimasukkan ke dalam empat plastik hitam untuk dibuang ke lokasi lain.

Polis turut mengesahkan suspek melakukan semua perbuatan jenayah itu seorang diri tanpa bantuan mana-mana pihak. Beberapa barangan bukti seperti motosikal milak mangsa, paip besi, pisau pemotong daging, helmet berwarna hitam dan pakaian milik pengadu.

Suspek kini berdepan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah. Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Kompas

The post ‘Saya tak mampu nak pikul mayat’ – Lelaki bunuh & kerat mayat rakan kepada 6 bahagian kerana dendam appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar