-->

Ibu hamil meninggal dunia disaat mahu melahirkan anak gara-gara bidan & jururawat memilih untuk tidur

Seorang lelaki meluahkan perasaan sedih di media sosial berhubung isterinya yang meninggal dunia semasa bersalin, berpunca daripada sikap sambil lewa kakitangan Hospital Pauh, Sumatera Selatan, Indonesia.

Menurut Lika Santosa, ketuban isterinya pecah dan terus dibawa ke hospital pada malam Selasa, 9 Mei 2023. Tiba di hospital, sehingga Rabu 10 Mei 2023, isterinya masih belum bersalin.

“Isteri masuk hospital jam 10 malam, sampai jam 2 pagi, isteri masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin,” katanya.

Setelah menunggu beberapa jam, bidan dan jururawat memaklumkan mereka mahu tidur dahulu dan membiarkan isterinya di dewan bersalin. Tidak berpuas hati dengan hal itu, Lika menegur dan meminta mereka segera menangani isterinya yang semakin lemah.

“Selepas ditegur, baru mereka keluar dan melemparkan kata-kata yang menyinggungkan terhadap mertua saya di mana dia yang sedang menemani anak perempuannya dihalau keluar oleh bidan berkenaan.

“Kalau tak dapat tolong, keluar jer” – Bidan Hospital.

Jam 5 pagi, Hospital Pauh merujuk ibu hamil itu ke Hospital AR Bunda Lubuklinggau. Namun, keadaan isteri dan kandungannya semakin lemah dan akhirnya disahkan meninggal dunia.

Lika mengakui dia berasa amat kecewa dengan kecuaian bidan Hospital Pauh yang tidak serius menjaga pesakitnya.

“Kejadian ini membuatkan saya berasa amat kecewa dengan kelalaian bidan hospital. Sepatutnya mereka bertindak segera dengan merujuk isteri saya ke hospital lain, bukannya berteriak meminta kami menunggu.

“Isteri saya ditinggalkan bersendirian dalam dewan bersalin, bidan dan jururawat mengantuk dan mahu tidur. Kejadian ini berpunca daripada kelalaian bidan hospital.

Sementara itu, Menteri Muratara H Devi Suhartoni mengucapkan takziah kepada Lika dan telah meminta pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sumber: Kompas

The post Ibu hamil meninggal dunia disaat mahu melahirkan anak gara-gara bidan & jururawat memilih untuk tidur appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar