-->

‘Saya jadi risau & takut’ – Ruhainies belum bersedia untuk berkahwin

Kebelakangan ini, kemelut rumah tangga membabitkan beberapa selebriti ternama tersebar luas. Melihat pada situasi ini, timbul rasa kebimbangan dalam diri pelakon Ruhainies dan membuatkannya tidak terfikir mahupun bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Berkata kepada Harian Metro, Ruhainies pada ketika ini mahu memberi fokus penuh kepada kariernya dalam industri hiburan, ibu bapa dan keluarganya terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berumah tangga.

“Saya jadi risau dan takut untuk diri sendiri dalam menjalin perhubungan. Apa yang pasti, buat masa sekarang saya belum terfikir dan bersedia lagi nak berkahwin. Bagi saya, bila sampai jodoh takkan ke mana.

“Buat masa ini, jadual kerja saya pun padat. Alhamdulillah, rezeki tak putus dalam lakonan dan sebagai duta produk. Jadi, rasanya wajar untuk saya utamakan karier dahulu sebelum berkahwin,” katanya.

Tak nak share tentang hal peribadi lagi

Sebelum ini Ruhainies dilihat bersikap terbuka berkongsi kisah cinta dan peribadinya,namun membuat keputusan tidak mahu berkongsi lagi sehingga jodohnya betul-betul sampai.

“Ya, betul sekarang saya dah tak nak lagi ‘share’ (kongsi) tentang hal peribadi dan hubungan cinta sehingga sampai masanya. Kalau dah ada jodoh dan ingin berkahwin nanti, barulah saya kongsi.

“Sebabnya, bila kita dah mula berkongsi cerita berkaitan peribadi seperti kekasih, orang akan mula ternanti-nanti cerita seterusnya. Benda itu penatlah, bila asyik ditanya tentang perkahwinan dan karier pula seakan tenggelam,” katanya.

Ruhainies yang pernah melonjak dengan drama Menantu Ting Tong dan Maaf Tak Indah berkata, dia akan berkongsi perancangan perkahwinan apabila sudah bersedia mahu melangkah ke fasa perkahwinan dan bergelar isteri orang.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Saya jadi risau & takut’ – Ruhainies belum bersedia untuk berkahwin appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar