-->

Pengasuh aniaya bayi telah ditahan polis, netizen mula ‘berkampung’ di TikTok suspek

Sejak semalam tular video pengasuh melayani anak asuhannya yang dianggarkan berusia bawah setahun, dengan kasar hanya kerana tidak tahan mendengar tangisannya.

Dua video klip tersebut dipercayai dirakam oleh rakan sekerjanya yang kemudian meminta orang awam menularkan video itu di media sosial, berikutan perakam tidak berani membuat laporan polis atas sebab-sebab tertentu.

Terkini, netizen berkampung di akaun TikTok pengasuh terbabit dan berdasarkan pemerhatian, ramai yang sudah berkampung di setiap ruangan komen videonya.

Wanita berusia 24 tahun berkenaan yang sudah mendirikan rumah tangga dilihat banyak memuat naik video bersama kanak-kanak yang dipercayai anak-anak asuhan di tempatnya bekerja.

“Saya datang dari Facebook. Ada makan-makan dah ke korang? Awal korang open house,” komen Sarafiza.

“Makan sedap-sedap dulu kak, satgi dah masuk dalam tu, rindu pula nak makan camni,” komen Schafykaa.

“Nikmati cukup-cukup masa di rumah. Selepas ini nak pindah ke tempat baru dah,” komen Jihaaaa.

Dalam banyak-banyak komen, turut menarik perhatian komen dari seorang wanita yang mendakwa anaknya pernah menjadi mangsa pengasuh yang sama dan suaminya telah tampil memberi keterangan kepada polis untuk membantu siasatan.

“Ini bukan anak dia (video di TikTok pengasuh). Ini anak saya ye, yang menjadi mangsa di taska juga sampai anak saya mengalami trauma dan tak nak pergi ke taska setiap hari. Sampai saya kena tukar ke tempat lain.

“Suami saya dah bagi statement pada polis malam tadi sebagai saksi. Pengasuh ini dah kena tangkap semalam,” kata ibu mangsa.

Sumber: TikTok

The post Pengasuh aniaya bayi telah ditahan polis, netizen mula ‘berkampung’ di TikTok suspek appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar