-->

‘Semua benda nak post, takde rasa malu ke?’ – Pasangan kongsi kemesraan di media sosial dikecam netizen

Pengguna media sosial perlu tahu bahawa, ada benda atau perkara yang boleh dan tidak boleh dikongsikan di media sosial kerana bimbang kandungan yang dimuat naik itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan orang lain.

Namun, peringatan sedemikian sudah semakin dilupakan. Demi mengejar like, share dan komen, ada yang sanggup mengenepikan perasaan malu itu asalkan apa yang dikehendakinya itu tercapai.

Kelmarin, warga maya dikejutkan dengan aksi terlebih mesra pasangan muda yang selamba bercumbuan dalam video yang tular di media sosial.

Berdasarkan video, kelihatan si isteri sedang membantu suaminya memakai baju raya dan sesekali sempat memeluk dan mencium bibir lelaki itu.

‘Penatlah dengan orang Malaysia sekarang ni’

Tidak diketahui identiti pasangan berkenaan, namun netizen meluahkan rasa kurang selesa dengan aksi mesra tersebut yang tanpa segan silu dimuat naik ke media sosial.

“Dulu orang selalu kata, ‘Orang dah kahwin tak ada buat perangai semua nak tunjuk kat orang’. Tetapi sekarang, ayat tu dah tak valid ye,” komen Delina.

“Memang halal bercium sebab dah jadi suami isteri. Tetapi elakkan bermesra di depan khalayak ramai atau post gambar/video bermesra di media sosial sebab itu bukan akhlak seorang muslim. Boleh menaikan nafsu syahwat orang yang belum nikah dan boleh menjerumus ke arah zina,” komen Amlnajhri.

“Aku penatlah dengan orang Malaysia sekarang ni. Everything nak post, tak ada perasaan malu langsung. Orang lain makan makanan nenek masak sampai habis pun menangis tunjuk dekat media sosial. Student tak makan pun nak menangis di media sosial,” komen Sipetite.

Hormat mata-mata yang memandang

Sikap keterbukaan seperti ini perlulah berpada-pada dan menghormati maruah masing-masing, baik pasangan mahupun perasaan orang yang melihatnya.

Menunjukkan kemesraan secara melampau di media sosial adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bukan sahaja menyentuh sensitiviti mata-mata yang memandang, namun juga dapat menjatuhkan maruah sesetengah pihak terutamanya pasangan itu sendiri.

The post ‘Semua benda nak post, takde rasa malu ke?’ – Pasangan kongsi kemesraan di media sosial dikecam netizen appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar