-->

‘Tiada masalah Coldplay datang asalkan mereka hormat budaya tuan rumah’ – Caprice

Pengumuman Coldplay akan mengadakan konsert jelajah dunianya di Malaysia pada November depan mengundang rasa teruja pada peminatnya di negara ini. Namun, tidak kurang juga ada pihak yang menggesa kerajaan membatalkan konsert tersebut kerana kumpulan rock British itu dikatakan menyokong komuniti LGBT.

Bagi penyanyi, Caprice, tiada masalah jika Coldplay datang beraksi di Malaysia selagi mereka menghormati budaya dan negara ini.

“Bagi saya tiada masalah Coldplay nak buat konsert di Kuala Lumpur selagi mereka boleh menghormati budaya kita.

“Selagi mereka tidak mengibarkan bendera pelangi (LGBT), hormat budaya kita, hormat tuan rumah, insyaAllah selamat,” katanya.

Perbanyakkan acara keagamaan

Dalam masa yang sama, Caprice juga berharap acara keagamaan juga diperbanyakkan dan apabila hiburan dan agama berjalan seiring, sudah pastinya tidak timbul sebarang pertikaian di kalangan masyarakat.

“Kita juga harap acara agama di negara ini dipermudahkan termasuk isu tauliah golongan agamawan. InsyaAllah acara hiburan dan agama berjalan seiring. Tiada masalah pun,” katanya.

Tindakan netizen mengecam kerajaan membenarkan penganjuran konsert Coldplay juga dibidas oleh Caprice.

“Yang mempertikaikan Coldplay ini pelangi, kerajaan sekarang pun pelangi, tahu ke tidak siapa yang membentuk kerajaan? Semasa Billie Eilish buat konsert di Kuala Lumpur, tahu ke tidak siapa yang berada dalam kerajaan Malaysia pada ketika itu? Sedangkan dia pun penyokong Pelangi.

“Kalau dikatakan kerajaan sekarang tak boleh guna, kerajaan dulu pun tak boleh guna. Habis tu, korang nak siapa bentuk kerajaan Malaysia? Ayah Pin?

“Kalau kita nak selamatkan umat Islam, konsert memang langsung tiada, tangani masalah dadah, gangsterisme, buli, judi dan rasuah.

“Kalau nak selamatkan umat Islam, lawanlah taikun, masukkan mereka yang terlibat dalam rasuah. Berani ke nak kantoikan member?” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagramnya semalam.

The post ‘Tiada masalah Coldplay datang asalkan mereka hormat budaya tuan rumah’ – Caprice appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar