-->

Sakit hati, suami bunuh isterinya yang kantoi berkahwin dengan lelaki lain

Seorang lelaki di Tulangbawang, Lampung, Indonesia, nekad membunuh isterinya sendiri, Yuminatun, 48, gara-gara mangsa berkahwin dengan lelaki lain.

Kes pembunuhan itu berlaku pada Sabtu lalu, 27 Mei 2023. Di hadapan polis, suspek berusia 62 tahun mengakui terkesan dengan perbuatan isterinya itu.

“Suspek nekad membunuh isterinya kerana sakit hati. Isteri suspek telah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain,” kata Ketua Polis Tulangbawang, Jibrael Bata Awi, semalam seperti yang dilaporkan dalam Tribune News.

Jelas Jibrael, suspek sudah lama meninggalkan isterinya untuk bekerja di perantauan di OKU Selatan, di sebuah ladang kopi. Apabila suspek pulang ke kampung, suspek dimaklumkan bahawa isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain.

Selepas membunuh isterinya, suspek melarikan diri ke OKU Selatan. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Suspek berjaya ditahan dan polis turut merampas beberapa barangan bukti.

Suspek akan didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber: Kompas

The post Sakit hati, suami bunuh isterinya yang kantoi berkahwin dengan lelaki lain appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar