-->

Pohon Doa Orang Ramai, Penyanyi Legenda Renggo Arrow Jatuh Sakit. Ini Keadaan Terkini Beliau

Petaling Jaya – Penyanyi kumpulan Arrow, Renggo, 54, kini berhadapan m.asalah jantung dan perlu banyak berehat di rumah sekarang.

Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli berkata, keadaan kesihatannya kini benar-benar tidak stabil pada masa ini.

Sekadar info, Mohd Zain bin Ramli atau juga dikenali sebagai Ringgo Arrow merupakan salah seorang ahli Arrow. Dia bersama kumpulan Arrow telah ditubuhkan pada tahun 1992.

Mohd Zain pernah popular sekitar tahun 90an dengan lagu-lagu jiwang antaranya Aku Tak Marah, Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku dan Niat Hati Tak Nak Berpisah.

Semoga Cepat Sembuh

Keadaan kesihatan saya kurang baik kerana m.asalah jantung ini. Namun, saya cuba bertahan sehingga kini dan belum lagi ke h.ospital untuk rawatan lanjut.

Lagipun, sekarang kita tengah dalam sambutan Aidilfitri. Mungkin saya akan sedia dimasukkan ke hospital selepas ini. Cuma sekarang, saya mahu berehat di rumah dulu, katanya.

Isteri kedua Renggo, Roshila Mohd, 40, berkata, suaminya mula kurang sihat kira-kira dua tahun lalu.

“Suami saya pernah dimasukkan ke H.ospital Taiping, Perak selama hampir seminggu sebelum ini. Sebenarnya dia sudah banyak kali dimasukkan ke h.ospital.

“Masalah jantungnya sudah lama dikesan. Cuma, doktor cadangkan kena masuk kamera dulu dan temujanji dengan pakar pada Ogos depan,” katanya.

Renggo yang pernah popular dengan lagu Aku Tak Marah dan Niat Hati Taknak Berpisah menyertai Kilauan Emas 4 pada 2014 dan merangkul naib juara program itu.

Selepas kurang aktif dengan Arrow, Renggo juga pernah mengusahakan warung roti canai bagi menjana pendapatan menyara keluarganya.

Kredit : HM/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar