-->

Sakit hati gaji tak dibayar, pekerja pukul majikan sampai mati



Seorang lelaki berusia 27 tahun nekad memukul majikannya berusia 62 tahun, menggunakan sebatang kayu sehingga mati kerana tidak berpuas hati gajinya masih belum dibayar dalam kejadian 15 April lalu.


"Suspek mengaku membunuh mangsa kerana dendam dan sakit hati ekoran sering dimarahi oleh mangsa semasa bekerja. 


"Selain itu, suspek mendakwa gajinya mash belum dibayar oleh mangsa, lalu suspek merancang untuk membunuhnya," kata jurucakap polis Kabupaten Indragiri Hulu, Misran. 


Siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa sebelum itu bertengkar dan dalam diam suspek mengambil sebatang kayu sepanjang satu meter lalu memukul mangsa beberapa kali sehingga meninggal dunia. 


Suspek kemudian melarikan motosikal milik mangsa dan didalamnya mengandungi dompet, telefon bimbit dan kad pengenalan mangsa. 


Penduduk sekitar yang terdengar kekecohan itu terus segera datang dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, lalu menghubungi polis. 


Berdasarkan maklumat saksi, polis telah melancarkan gerakan memburu suspek sebelum berjaya ditangkap pada Jumaat, 28 April 2023. 


"Suspek melarikan diri bersama isterinya. Dia ditangkap semasa bersembunyi di sebuah rumah sewa di Kota Pekanbaru," katanya. 


Suspek terus ditahan reman untuk siasatan dan bakal berdepan dengan hukuman mati. 


Sumber: Kompas



LihatTutupKomentar