-->

Lelaki rogol remaja berusia 13 tahun sehingga melahirkan anak, dipenjara 8 tahun, 4 sebatan

Mahkamah Sesyen Tawau semalam menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan terhadap seorang pekerja pemnbersihan yang didapati bersalah atas pertuduhan merogol kana-kanak perempuan berusia 13 tahun sehingga melahirkan anak, dalam kejadian November 2022.

Tertuduh, Muhammad Ali, 47, yang merupakan warga Indonesia mengaku bersalah di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Dalam kejadian November lalu, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun yang ketika itu sedang tidur bersendirian di rumahnya di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit pada jam 4 petang, 2 April 2022, di Semporna, Sabah.

November 2022, mangsa mengadu mengalami sakit perut luar biasa sebelum dibawa ke Hospital Tawau, yang kemudian disahkan hamil 38 minggu dan selamat melahirkan bayi berkenaan.

Dalam keterangan kepada pihak polis, mangsa mendedahkan dia telah dirogol oleh Muhammad Ali, yang membawa kepada penahanan lelaki terbabit.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana, memohon mahkamah menjatuhkan hukum berat ke atas tertuduh kerana perbuatannya itu memberi kesan trauma kepada mangsa, selain mengambil kira faktor kepentingan awam.

Mangsa yang masih bersekolah sepatutnya menjalani kehidupan normal seperti remaja lain, tetapi disebabkan perbuatan tertuduh, mangsa terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu pada usia yang masih muda.

Laporan yang diperoleh daripada Jabatan Kimia turut mengesahkan tertuduh adalah bapa kepada bayi yang dilahirkan oleh mangsa.

Selesai mendengar hujah timbalan pendakwa raya, Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan empat sebatan terhadap Muhammad Ali, bermula dari tarikh tangkapan.

Tertuduh juga akan diusir pulang ke negara asalnya setelah selesai menjalani hukuman di Malaysia.

Sumber: Harian Metro

The post Lelaki rogol remaja berusia 13 tahun sehingga melahirkan anak, dipenjara 8 tahun, 4 sebatan appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar