-->

‘Dia upload untuk tatapan jutaan followers’ – Ameera Khan kongsi gambar sidai bikini merah, undang kecaman netizen

Adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Ameera Khan, hari ini menjadi tumpuan ramai di media sosial berikutan perkongsian gambar terbarunya di Instagram

Ameera Khan dilaporkan memuat naik gambar yang menunjukkan sepasang bikini berwarna merah yang sedang disedai di balkoni kediamannya.

Walaupun dimuat naik tanpa kapsyen yang jelas, gambar itu mengundang komen ramai netizen yang rata-ratanya kesal dengan tindakan Ameera itu yang dianggap memalukan.

“Jangan malukan keluarga sendiri. Kesian. Yang lain berlumba-lumba membuat kebaikan, nanti keluarga sendiri terkesan atas perbuatan kita,” komen Aidan.

“Aku gara-gara tak nak jiran tengok baju dalam, seluar dalam, sanggup tak jemur di luar. Tetapi dia ni (upload) buat tatapan jutaan followers lagi. Ish! Tak ada sifat malu,” komen Aleyna.

“Ujian bagi orang cantik, berharta. Tak nak komen banyak sebab diri sendiri tak baik sangat. Semoga dikurniakan hidayah dan semoga sedar apa yang dibuat itu semuanya akan direkodkan oleh malaikat kiri kanan. Sama-sama je lah doakan,” komen Azliena.

Semakan di akaun Instagram Ameera mendapati, gambar tersebut telah dipadamkan.

Ameera sebelum ini pernah dikecam kerana memuat naik gambar berpakaian seksi semasa berada di Paris. Ramai yang memberi teguran kepada adik selebriti berkenaan kerana perbuatannya itu tidak manis, apatah lagi dia baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah, Mac lalu.

Sumber: IG Ameera Khan

The post ‘Dia upload untuk tatapan jutaan followers’ – Ameera Khan kongsi gambar sidai bikini merah, undang kecaman netizen appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar