-->

FBI beri amaran, hackers dapat curi maklumat peribadi pengguna melalui pautan kod QR

QR codes (Quick respons) telah menjadi satu akses buat pengunjung di restoran-restoran atau kedai makan untuk memilih menu dan memesan makanan. Apabila dunia sudah menghadapi pandemik, beberapa negara dilihat telah mengaplikasikan kod QR bagi mengelakkan sentuhan dan seterusnya terkena jangkitan.

Walaupun dilihat mudah dan canggih, tetapi dalam tidak sedar sebenarnya, akses ini dilihat sebagai satu perancangan baru bagi penjenayah (scammer) untuk mendapatkan ramai mangsa.

Maklumat peribadi dicuri daripada Kod QR palsu

Menerusi laporan dari Daily Mail, FBI telah memberikan amaran, penjenayah membuat kod QR palsu dan meletakkan sasaran di kedai makan, runcit dan juga di meter parkir.

Semasa sedang membuat pesanan secara talian dan pembayaran, tiba-tiba sahaja pautan itu akan membawa anda memuat naik satu pautan asing, seterusnya mencuri lokasi dan maklumat peribadi anda.

FBI menggesa pengguna untuk memeriksa kesalahan huruf menerusi pautan yang diakses melalui kod QR. Pengguna juga disaran untuk meminta menu fizikal dari pihak restoran.

QR, adalah kod yang boleh dibaca mesin yang terdiri daripada kotak hitam dan putih yang menyimpan URL, pilihan pembayaran dan perkhidmatan dalam talian lain yang diakses oleh kamera telefon pintar.

Memetik laporan dari Local ABC 7 pula, Presiden Kesatuan Kerskie Naples, Florida berkata antara sasaran utama penjenayah adalah di meter parkir.

“Penjenayah tahu bahawa setiap orang di tempat letak kereta itu akan mengklik kod QR itu atau mengambil gambarnya dan mereka mungkin membuat laman web yang kelihatan sangat serupa ke laman web tempat letak kenderaan yang sah.. tetapi tidak,” kata Kerskie.

Elak buat pembayaran melalui kod QR

Laporan dari Marcum yang merupakan perkhidmatan perakaunan dan nasihat yang berpusat di New York, menunjukkan bahawa penipuan kod QR adalah antara lima ancaman keselamatan siber teratas yang diperhatikan pada bulan April.

Penjenayah ini secara jelas menggunakan kod palsu untuk melakukan penipuan pancingan data dalam e-mel dan mesej media sosial.

“Penjenayah mungkin juga mendekati anda melalui secara talian yang mendakwa mereka berusaha membeli barang yang anda jual dan meminta anda mengimbas kod QR.

“Elakkan membuat pembayaran dari laman web yang diakses melalui kod QR. Untuk membuat pembayaran, masukkan laman web yang diiktiraf dan boleh dipercayai secara manual,” kata Marcum

Antara sasaran lain penjenayah adalah dalam industri crypto. Laporan akhbar dari FBI juga menyatakan segala transaksi melalui kod QR akaun crypto menjadikannya sangat mudah.

“Sekiranya anda mengimbas kod palsu itu, secara tidak langsung anda telah memberinya akses ke peranti anda.

“Setelah sampai di sana, anda secara tidak sengaja dapat memberinya akses ke akaun perbankan dan kad kredit anda. Sekiranya anda membuat pembayaran melalui kod QR tersebut, sukar dan mustahil untuk mendapatkan kembali simpanan tersebut,” katanya.

Sumber: DailyMail, Local ABC 7

The post FBI beri amaran, hackers dapat curi maklumat peribadi pengguna melalui pautan kod QR appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar