-->

‘Kami di bawah kerja teruk tangani isu peniaga haram, tapi orang atasan lepas tangan’ – Penguatkuasa PBT

Isu warga asing dan pelarian Rohingya yang berniaga secara haram di sekitar pasar borong dan pasar harian dilihat tidak pernah selesai. Di media sosial, ramai netizen menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dituduh tidak serius menangani masalah tersebut sehingga menyebabkan peniaga tempatan terkesan.

Lebih teruk lagi, ada yang selamba raya mendakwa PBT telah ‘dibayar’ untuk tidak mengambil tindakan terhadap golongan peniaga haram ini, sekali gus memberi persepsi buruk kononnya mereka kebal daripada tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, dakwaan-dakwaan tidak berasas itu tidak dibenar dan merupakan fitnah semata-mata tanpa menyelidik punca sebenar isu lambakan peniaga haram ini tidak pernah berkesudahan.

Orang atasan lepas tangan

Menurut pegawai penguat kuasa PBT yang dikenali sebagai Azad berkata, mereka telah berusaha sehabis boleh tetapi pihak atas pula sekadar melepaskan tangan.

“Kami di bawah kerja teruk, tetapi hari-hari dihentam. Sedangkan orang atasan lepas tangan, kami semua dah penat.

“Kami dituduh tak buat kerja, makan gaji buta dan sebagainya. Orang atasan hidup senang-lenang, kami yang bekerja keras di bawah ini pula selalu dimaki orang ramai.

“Banyak benda seperti ini berlaku, jika kami masuk dalam pasar hari-hari pun cerita ini tak akan habis kalau tiada tindakan daripada pihak kerajaan,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro, 16 Mei 2023.

Bangla pun apply kad UNHCR sebab tahu PBT tak boleh tangkap pelarian

Jelas Azad, hampir setiap hari PBT menjalankan operasi penguatkuasaan di pasar-pasar borong dan lokasi panas tetapi sia-sia kerana kerajaan tidak mengambil tindakan serius untuk menangani masalah tersebut.

Ada peniaga haram yang bukan pelarian (Rohingya) sebaliknya merupakan warganegara Bangladesh, sanggup membayar RM2,000-RM3,000 untuk mendapatkan kad UNHCR semata-mata sebagai ‘lesen’ untuk berniaga secara bebas.

“Mereka sanggup bayar, nak dapatkan kad UNHCR itu pun tak susah. Sebab itu bila peguatkuasa masuk ke kawasan, mereka tak takut.

“PBT tiada kuasa untuk menangkap, cuma merampas barangan niaga. Mereka juga tidak kisah sebab tahu PBT tak boleh tangkap pemegang kad UNHCR.

“Mereka tak boleh bekerja, jadi macam mana nak bagi makan pada keluarga? Terpaksalah mereka menjaja di kaki-kaki lima dan kami pula terpaksa merampas barang niaga mereka.

Dah serabut hadap benda sama hari-hari

“Kira baik mereka mencari makan macam ini daripada mencuri atau melakukan aktiviti jenayah lain, lagi banyak masalah kita,” katanya.

Azad mengakui dia dan rakannya sudah buntu mencari jalan untuk menyelesaikan isu tersebut dan meminta pihak kerajaan tampil mencari jalan penyelesaian segera.

“Kami dah serabut nak hadap benda ini setiap hari. Jadi kami minta kerajaan cari jalan penyelesaian segera. Pelarian ini bila dah masuk, dia tak akan keluar. Jadi kena buat sesuatu untuk pastikan mereka mampu menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post ‘Kami di bawah kerja teruk tangani isu peniaga haram, tapi orang atasan lepas tangan’ – Penguatkuasa PBT appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar