-->

Lelaki mengaku dera teman wanita, paksa makan tahi anjing & bunuh 6 anjing peliharaannya

Seorang lelaki Thailand mengaku telah mendera teman wanitanya secara fizikal, memaksanya makan tahi anjing dan membunuh haiwan peliharaan wanita itu, di balai polis, Samut Prakan.

Mangsa, ‘A’, (bukan nama sebenar) yang berusia 25 tahun itu hadir ke balai bersama dengan peguamnya untuk membuat tiga laporan polis terhadap Fin, 24, termasuk menyerang, mengurung dan menganiaya haiwan.

Fin didakwa telah menumbuk dan menendang A, memukulnya menggunakan kerusi, mop dan kipas yang menyebabkan mangsal uka di bahagian mata, muka, lengan dan kaki.

Setiap kali Fin mengamuk, anjing peliharaan A akan menjadi takut dan berak di dalam rumah. Bengang dengan perbuatan anjing itu, Fin memaksa A makan najis tersebut sebelum mencekik haiwan itu sehingga mati.

Selepas kejadian itu, timbul rasa bersalah dan Fin membelikan seekor anjing peliharaan baru untuk A. Tetapi apabila pasangan itu bertengkar, kejadian yang sama berulang dan setakat ini Fin telah membunuh enam ekor anjing peliharaan.

Menurut peguam, A selama ini menahan sabar kerana kasihan melihat keadaan Fin di mana lelaki itu mendakwa dia melihat bapanya memukul ibunya sejak dia masih kecil. A menyangka Fin boleh berubah, namun sangkaan itu meleset.

Tidak tahan dengan perbuatan Fin, A melarikan diri dan membuat laporan polis, selain meminta perlindungan daripada polis kerana bimbang dirinya akan dicederakan oleh Fin.

Semasa disoal siasat, A mendedahkan dia menjalinkan hubungan dengan Fin sejak setahun lalu dan tiga bulan terakhir perangainya mula berubah.

Fin juga pernah menyerang beberapa saudara maranya. Beberapa bekas teman wanitanya juga mendakwa pernah dipukul oleh Fin, malah ada seekor kucing menjadi buta disebabkan perbuatan lelaki itu.

Bertindak di atas laporan yang diterima, polis telah menahan suspek yang kemudian mengaku melakukan semua perbuatan tersebut. Namun dia memberi alasan tindakan itu dilakukan kerana bengang dengan A yang enggan menuruti arahannya.

Fin mengaku membunuh semua anjing peliharaan mereka dan menyalahkan dirinya yang gagal mengawal emosi dan barannya sejak empat tahun lalu tanpa pernah mendapatkan bantuan kaunseling.

Sumber: Thaiger

The post Lelaki mengaku dera teman wanita, paksa makan tahi anjing & bunuh 6 anjing peliharaannya appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar