-->

Ahli Parlimen PN cadang golongan LGBT dikategori sebagai masalah kesihatan mental

Dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mencadangkan golongan LGBT dikategorikan sebagai masalah kesihatan mental.

Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) mencadangkan perkara itu yang kemudian dipersetujui oleh Dr Halimah Ali (PN-Kapar) semasa membahas Rang Undang-Undang Akta Kesihatan Mental (pindaan 2023) di Dewan Rakyat hari ini.

“Setuju tak Kapar dengan Pasir Salak nak mencadangkan bahawa golongan LGBT dimasukkan dalam masalah kesihatan mental?” katanya semasa mencelah perbahasan Halimah.

Halimah yang mengakhiri perbahasannya berkata, dia bersetuju kerana isu kecelaruan mental adalah isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan.

“Saya bersetuju supaya bukan sahaja Kementerian Kesihatan (terbabit), tetapi semua kementerian yang berkaitan perlu duduk bersama-sama mengatasi masalah yang menjadi natijah pada mereka yang celaru mental ini sehingga sanggup memikirkan membunuh diri,” katanya.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai netizen berbelah bagi. Walaupun bersetuju bahawa golongan LGBT ini mengalami masalah kecelaruan mental, tetapi mereka tidak bersetuju golongan ini diberi keistimewaan yang sama seperti golongan OKU.

Sumber: Harian Metro

The post Ahli Parlimen PN cadang golongan LGBT dikategori sebagai masalah kesihatan mental appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar