-->

Khairul Aming bawa staff ke percutian mewah, ramai netizen tanya ‘Ada kerja kosong tak?’

Beberapa hari lalu, namanya menjadi perhatian netizen dan pujian cef selebriti antarabangsa Gordon Ramsay.

Menerusi video duet di TikTok, Ramsay memuji menu puding karamel yang dirakamkan oleh Khairul Aming apatah lagi resepi yang disediakan merupakan salah satu resepi yang terkandung dalam buku masakan Ramsay.

Tidak terhenti disitu pujian netizen terhadapnya, kali ini Khairul Aming sekali lagi menghargai penat lelah pekerjanya dengan membawa mereka bercuti ke Langkawi.

Lagi mengejutkan dia membelanjakan satffnya menginap di hotel mewah bertaraf lima bintang. Bukan setakat itu sahaja, KA juga telah bermurah hati memberikan pekerjanya merasai semua aktiviti yang disediakan sepanjang berada di sana dan juga duit belanja.

“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tengok sunset dan duit belanja untuk diaorang shopping.

“Alhamdulillah semua staff happy,”tulisnya.

Kelihatan kesemua pekerjanya begitu gembira diraikan dengan begitu rupa oleh majikan yang baik hati.

Netizen juga menumpang bahagia dengan rezeki yang dimiliki oleh Khairul Aming dan dikongsikan dengan para pekerjanya.

“Aku doakan sambal nyet ni akan terus berkembang maju supaya staff-staff dia akan datang dapat menikmati kegembiraan berpanjangan ini,” tulis Jojimbo.

“Bos yang tak bermewah untuk diri sendiri, tapi selalu berhabis puluhan ribu untuk berhibur secara mewah dengan pekerjanya sendiri,” tulis Jalal Misai.

Susulan dengan itu juga, ramai yang mula memasang angan mahu bekerja dengan Khairul Aming dengan alasan syarikat gah yang lain tidak pernah menghargai staff sebegitu rupa.

Sumber: Twitter Khairul Aming

The post Khairul Aming bawa staff ke percutian mewah, ramai netizen tanya ‘Ada kerja kosong tak?’ appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar