-->

Baru 2 jam keluar kedai, Perodua Alza baharu remuk teruk kena langgar dari belakang

Hasrat sebuah keluarga menikmati kereta baharu tidak kesampaian apabila kenderaan yang baru dua jam keluar dari pusat jualan, terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Kejadian menyedihkan itu dikongsi oleh Ea Sya di Facebook Group Perodua Azla D27A Malaysia.

“13 Mei 2023, malang tak berbau. Kegembiraan kami membawa duka dan tragis untuk keluarga kami. Kereta baru diambil dari Kuala Lumpur balik dalam perjalanan ke Johor Bahru, dua jam memandu sudah kena langgar dari belakang. Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan kami,” katanya.

Menurut Ea Sya, sudah lapan bulan mereka sekeluarga menunggu kereta Perodua Alza baharu tu, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

“Tunggu Alza lapan bulan, pakai dua jam sudah kena langgar. Doakan kami sekeluarga kuat,” ujarnya.

Berdasarkan gambar, kenderaan baharu itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan dan belakang, serta tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.

Di ruangan komen, ramai ahli group berkenaan bersimpati dengan keluarga berkenaan.

“Takpa, kereta boleh ditunggu, ditukar ganti. Nyawa tiada tukar ganti . Redha dengan ketentuan Allah. Mana tahu Allah nak gantikan dengan yang lebih baik. Semoga dipermudahkan urusan tuan,” Aizat Kushairi.

“Peritnya rasa. Saya tak tahu nak gambarkan macam mana rasa kecewanya tuan. Tapi syukurlah tuan sekeluarga selamat dari musibah yang lebih teruk. Banyakkan bersabar tuan,” komen Md Huzaini.

Sumber: Facebook Group Alza

The post Baru 2 jam keluar kedai, Perodua Alza baharu remuk teruk kena langgar dari belakang appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar