-->

‘Kalau boleh kes settle tepi’ – Ibu mangsa dakwa pihak taska nak settle tepi?

Media hari ini melaporkan seorang pengasuh di sebuah taska di Mutiara Rini, Johor, telah ditahan kerana disyaki mengasari dua bayi lelaki dan perempuan masing-masing berusia 9 bulan dan 11 bulan.

Ibu kepada salah seorang mangsa, Ross Farah, tampil mendedahkan anak lelakinya menjadi mangsa penganiayaan pengasuh terbabit seperti yang ditunjukkan dalam video tular tersebut.

“Ya, anak saya yang kena ni. Alas tilam, suara, kain bedung, botol itu semua Adam punya. Ada dua video, yang teruk baby ini la (Safiya). Dah sebulan berhenti (hantar ke taska itu). Adam, (dalam) video yang satu lagi,” katanya menerusi perkongsian di Instastory.

Menurut Ross, pemilik taska berkenaan memohon maaf di atas kejadian tersebut, bagi pihak kakitangannya. Tetapi sudah terlambat kerana kes itu kini sedang disiasat oleh pihak polis.

“Owner kata dia minta maaf dari pihak cikgu. Haa you tunggu. Berapa lama dah benda ini terjadi. Siapa je lagi (anak asuhan) yang dah kena,” ujarnya.

Ross juga berkongsi gambar tangkap layar perbualan di WhatsApp yang menunjukkan pihak taska berkenaan mahu menyelesaikan isu tersebut tanpa membabitkan pihak berkuasa.

Sementara itu, bekas pekerja taska berkenaan yang dikenali sebagai Che Wawa Nasuha berkata, dia pernah tergerak hati untuk membuat laporan polis, tetapi tidak diteruskan kerana bimbang dibuang kerja.

“Aku branch lain, takut kan nak report masa ni. Takut kena buang kerja ke apa. Last aku berhenti juga.

“Aku berhenti sebelum Covid-19. Dulu bab dera macam ni takde. Paling-paling pun buat tak endah dekat budak-budak. Biar menangis melolong sendiri.

“Tapi cikgu-cikgu branch aku baik. Yang datang dari branch lain yang buat perangai. Pernah complaint pada owner tetapi tiada respon,” katanya.

Semalam, tular video dua bayi lelaki dan perempuan dikasari oleh pengasuh mengundang kemarahan netizen. Susulan penularan video itu, suspek telah ditahan reman selama empat hari hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Instagram

The post ‘Kalau boleh kes settle tepi’ – Ibu mangsa dakwa pihak taska nak settle tepi? appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar