-->

“Tular Video Dera Bayi”, Ini Yang Terjadi Kepada Penjaga Taska Tersebut

PENGASUH berusia 21 tahun direman empat hari selepas didapati mendera dua bayi di pusat asuhan di Taman Mutiara Rini, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita terbabit ditahan di Bandar Selesa Jaya, Skudai pada jam 2 pagi, 16 Mei.

“Perbuatannya ke atas kanak-kanak perempuan berusia 11 bulan serta bayi lelaki, sembilan bulan dirakam dalam dua klip video berdurasi 48 saat dan 39 saat.

@ohmedia Sampai macam tu sekali dia pukul Baby tu?! Panas pulak hati Min! Kredit Video: @nadnot_azizan #bayi #pukul #pengasuh #ohmedia #ohtrending ♬ original sound – Oh! Media

“Video tersebut tular di media sosial yang mendorong pihak polis melakukan siasatan pada 15 Mei,” katanya dalam kenyataan.

Dalam salah satu video, suspek wanita dilihat menjerit, meludah dan memukul bayi yang sedang menangis.

Dalam video berasingan pula, dia didapati melakukan kekerasan ke atas bayi yang juga sedang menangis.

Tambah Kamarul, suspek telah dibawa ke Mahkamah Johor Baru untuk mendapatkan perintah reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa kepada penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat lanjut untuk tampil menghubungi hotline polis 07-2212999.

Kredit – mstar, ohmedia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar