-->

‘Ini tak kelakar langsung & bodoh’ – Boy Iman masih hidup, nafi laporan dakwa dirinya meninggal dunia

Pelakon Boy Iman menafikan laporan berita tular di media sosial yang mendakwa dia telah meninggal dunia.

Dalam kenyataan penafian menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi Boy Iman atau nama sebenar Norul Iman Abdul Rahman berkata, fitnah yang dilempar itu tidak kelakar dan bodoh.

“Meninggal pulak dah, arwah dulu baik orangnya. Dua minggu lalu nak terjun jambatan, sekarang baru meninggal dunia.

“Alhamdulillah Allah masih lagi pinjamkan saya nyawa untuk terus hidup di dunia yang sementara ini. Sebelum ini rakan artis lain (difitnah meninggal dunia), semalam saya. Selepas ini artis mana pula?” katanya.

Boy Iman mengakui laporan palsu itu mengundang kebimbangan keluarga dan kenalan, termasuk pihak media yang menghubunginya untuk mendapatkan kesahihan sebelum dimaklumkan berita itu tidak benar.

“Kepada pembuat fitnah, saya doakan awak diberi petunjuk dan hidayah untuk berubah. Kematian bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sebagai ‘content’. Ianya tak kelakar langsung dan bodoh.

“Semoga awak sedar perkara ini sebelum pihak berkuasa menjadi asbab untuk Allah sedarkan awak.

“Dunia ni boleh lari, akhirat nanti tak boleh lari. Terima kasih memberi saya pahala yang sangat banyak, moga jadi asbab kebaikan saya di dunia dan akhirat,” katanya.

The post ‘Ini tak kelakar langsung & bodoh’ – Boy Iman masih hidup, nafi laporan dakwa dirinya meninggal dunia appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar