-->

Cemburu, wanita kurung teman lelakinya dalam bilik selama 3 hari

Baru-baru ini seorang wanita di Argentina ditangkap gara-gara mengurung teman lelakinya selama tiga hari di rumahnya. Dia dikatakan berbuat demikian kerana cemburu, selain memastikan teman lelakinya itu tidak menipunya.

Sabtu lalu, polis di bandar La Plata di Argentina menyelamatkan seorang lelaki berusia 29 tahun dari bilik terkunci di rumah teman wanitanya.

Mangsa mendakwa dia telah dikurung lebih daripada 72 jam berikutan pergaduhan dengan wanita yang baru menjadi kekasihnya selama enam bulan, akibat perasaan cemburu yang melampau.

Wanita itu dikatakan telah membuang aplikasi WhatsApp dari telefon dan kemudian melemparkannya di lantai dengan tujuan menghalang mangsa bercakap dengan wanita lain.

Setelah itu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu kemudian mengurung teman lelakinya di dalam sebuah bilik. Pada hari ketiga, mangsa berjaya mencuri telefon pasangannya lalu menghubungi rakannya untuk meminta pertolongan.

Ketika polis tiba di rumah di Villa Ponsati Street, di La Plata, mereka dapat mendengar lelaki itu menjerit meminta pertolongan dari bilik terkunci. Lelaki itu dibebaskan dan pihak polis menahan wanita terbabit.

Mangsa memberitahu, kekasihnya yang berusia 30 tahun itu telah menaruh perasaan cemburu sejak awal hubungan mereka, sehingga menetapkan waktu balik setiap kali dia keluar bersama rakan-rakannya.

“Dia mengancam saya bahawa jika saya tidak sampai pada waktu seperti yang ditetapkan, dia akan cari di mana saja saya berada,” kata lelaki itu.

Tidak jelas bagaimana lelaki itu berjaya menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar mesej meminta pertolongan rakannya, tetapi sekiranya dia tidak melakukannya, dia mungkin masih berada di dalam bilik itu kurungan itu.

Sumber: Oddity Central



The post Cemburu, wanita kurung teman lelakinya dalam bilik selama 3 hari appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar