-->

Ibu tunggal dipenjara 6 tahun kerana membunuh lelaki yang mahu merogolnya

Tindakan Mahkamah di Mexico menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang wanita muda kerana menggunakan alasan membunuh perogolnya untuk mempertahankan diri, secara belebihan, mengundang kemarahan ramai.

Hukuman yang dikenakan terhadap Roxana Ruiz, 23, dari Nezahualcoyotl, pada Isnin lalu menjadi tajuk berita utama media antarabangsa sejak seminggu lalu.

Tertuduh didakwa membunuh di mana dia menjerut lelaki terbabit yang mahu merogolnya di rumahnya sendiri dan kini berdepan dengan hukuman penjara selama enam tahun. Selain itu, mahkamah turut memerintah Ruiz membayar pampasan kepada keluarga perogol berkenaan.

Ruiz yang telah dipenjarakan sejak sembilan bulan lalu selepas ditahan pada 2021, mendakwa dia akan dibunuh sekiranya dia tidak bertindak awal. Namun, hakim pula berpendapat satu pukulan di kepala lelaki itu sudah cukup untuk melumpuhkannya.

Minta tumpang tidur

Pada Mei 2021, Ruiz sedang menjual kentang goreng di Nezahualcoyotl, sambil minum bersama rakan-rakannya. Dan dari situlah dia berkenalan dengan lelaki itu yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama.

Selepas habis melepak, lelaki itu menawarkan diri untuk menemani Ruiz balik ke rumahnya. Dia kemudian meminta kebenaran untuk bermalam di rumah Ruiz, memandangkan hari sudah lewat malam dan rumahnya pula jauh. Ruiz bersetuju dan membenarkan lelaki itu tidur di sofa ruang tamu.

Merayap ke katil Ruiz

Di tengah malam, lelaki berkenaan naik ke atas katil dan mula memukul serta membuka pakaian Ruiz. Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Ruiz menumbuk hidungnya membuatkan lelaki itu bengang dan mengancam mahu membunuh Ruiz.

Bimbang dengan keselamatan diri, Ruiz mengambil baju dan menjerut lelaki itu sehingga tidak bernyawa. Panik dengan kejadian itu, Ruiz menyumbat mayat lelaki berkenaan di dalam beg besar dan diheret keluar dari rumah.

Malangnya, perbuatannya itu dikesan oleh anggota polis yang sedang meronda menyebabkan dia ditahan serta-merta.

“Saya menyesal dengan apa yang saya telah lakukan. Tetapi jika saya tidak bertindak awal, mungkin saya sudah mati pada masa itu,” katanya.

Walaupun Ruiz memberitahu polis bahawa dia telah dirogol, ujian forensik tidak pernah dilakukan. Ada pegawai forensik berkata, kemungkinan Ruiz yang mahu tidur dengan lelaki itu sebelum bertukar fikiran.

Hakim dapati Ruiz bersalah kerana…

Hakim Monica Osorio mendapati Ruiz bersalah kerana menggunakan alasan mempertahankan diri secara berlebihan untuk membela diri daripada pertuduhan membunuh mangsa.

“Cukup sekadar satu pukulan di kepala jika mahu mempertahankan diri dan pukulan itu akan menyebabkan dia (perogol) tidak sedarkan diri dan itu pun sudah cukup.

Mahkamah menetapkan Ruiz bersalah dan dipenjara enam tahun. Malah, Ruiz diminta membayar pampasan $16,000 kepada keluarga lelaki itu.

Peguam yang mewakili tertuduh, Angel Carrera mendakwa hukuman itu sebagai diskriminasi dan pihaknya akan membuat rayuan.

“Ia akan menjadi satu mesej yang buruk jika hukuman ini diteruskan. Ia seperti menghantar mesej kepada wanita bahawa, undang-undang mengatakan anda boleh mmepertahankan diri tetapi hanya pada satu tahap.

“Dia merogol kamu, tetapi kamu tidak berhak melakukan apa-apa,” katanya.

Sumber: Oddity Central

The post Ibu tunggal dipenjara 6 tahun kerana membunuh lelaki yang mahu merogolnya appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar