-->

‘Ini semua marketing & prank saja’ – Owner Garden Western Grill tukar kenyataan selepas KKM beri respon akan ambil tindakan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai dakwaan peniaga meletakkan ‘special ingredient’ dalam makanan pelanggannya yang tular di media sosial kelmarin.

KKM dalam kenyataan ringkasnya di Twitter berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga terbabit sekiranya dakwaan itu benar.

Beberapa jam selepas KKM mengeluarkan kenyataan tersebut, pemilik Garden Western Grill, Tom, terus mengeluarkan kenyataan balas yang menjelaskan bahawa dakwaan meletakkan ‘special ingredient’ dalam hidangan pelanggannya adalah prank semata-mata.

“Ini semua hanyalah sekadar strategi marketing yang mana saya tahu ianya akan ‘boomm’ (viral). Jangan risau la, makanan kami semuanya selamat untuk dimakan. Ini semua hanyalah prank.

“Anyway sorry for all this drama, satu Malaysia kena tipu dengan Tom,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

Semakan turut mendapati, beberapa hantarannya yang menyindir netizen yang mengkritiknya sebelum ini juga telah dipadamkan.

Terdahulu, Garden Western Grill dikecam netizen setelah pemiliknya mengaku meletakkan ‘special ingredient’ dalam makanan yang dihidangkan kepada pelanggan ‘special’.

Dalam video tular mendakwa Tom berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan review jujur daripada influencer yang datang ke premisnya.

Bagaimanapun, Tom menafikan dakwaan itu dan dengan yakinnya mengatakan dia tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana kenyataannya itu bersifat ‘tergantung’.

The post ‘Ini semua marketing & prank saja’ – Owner Garden Western Grill tukar kenyataan selepas KKM beri respon akan ambil tindakan appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar