-->

Di Hari Ibu, Uwais hanya mampu melawat pusara ibunya, undang rasa sebak netizen

Pemergian insan yang tersayang membuatkan kita berasa amat sedih dan kehilangan. Satu-satunya tempat kita bergantung sudah tiada disisi.

Walaupun masih dikelilingi insan terdekat, namun rasa kehilangan itu tetap wujud apatah lagi apabila mengenang hari istimewa tertentu.

Semalam, ada yang meraikan Hari Ibu sempena memperingati jasa dan pengorbanan ibu-ibu mereka.

Bapa kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin juga tidak ketinggalan untuk memberikan penghargaan buat isterinya yang lebih dikenali sebagai Mak Der. Abang kepada Siti Sarah juga menerusi satu klip video memberikan beberapa kuntum bunga buat ibu tirinya sebagai tanda penghargaan menjaga mereka sekeluarga.

Namun begitu, lakonan Uwais melalui video itu menyentuh hati netizen. Ketika melihat Atuknya memberikan jambangan bunga kepada Mak Der, Uwais hanya mampu memandang bingkai gambar ibunya yang digantung di dinding.

Uwais kemudian memita kebenaran Atuknya untuk singgah ke pusara ibunya sebelum memulakan latihan.

Sesudah sampai di sana, Uwais sekali lagi meminta kebenaran atuknya untuk bersendirian di pusara ibunya. Riak wajahnya kelihatan sangat sedih dan kemudiannya Atuknya datang menenangkannya.

Shuib melalui hantaran di Instagram juga membuat penghargaan buat arwah isterinya.
“Selamat Hari Ibu buat kesayangan. Siti akan sentiasa hidup dalam setiap diri keluarga kita sampailah hujung nafas yang terakhir,” tulisnya.

Dia juga berbanggga dan memuji lakonan Uwais yang serupa dengan ibunya.

Perkongsian itu membuatkan sesiapa saja menitiskan air mata apatah lagi perkongsian itu menyentuh soal rindu anak pada ibunya. Rindu yang tiada penghujung. Al- Fatihah Siti Sarah Binti Raissuddin.

Sumber: Shuibsepahtu, suciuwais

The post Di Hari Ibu, Uwais hanya mampu melawat pusara ibunya, undang rasa sebak netizen appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar