-->

‘Minta tolong sangat cari anak saya’ – Bapa risau, anak gadisnya lari dari rumah

Seorang remaja perempuan dilaporkan lari daripada rumah, mengundang rasa bimbang bapanya yang kemudian membuat hebahan mengenai kehilangan anaknya itu, di media sosial.

Menurut Amirul Rizal Ahmad Termizi, anak perempuannya, Amira Balqis, 17, lari daripada rumah dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan atau terserempak dengan anaknya terus segera menghubunginya.

“Minta tolong korang di area Subang Jaya. Kepada mereka yang ada di Subang Jaya, saya minta tolong sangat. Kalau jumpa, hubungi 019-4208506,” katanya.

Sejak dimuat naik pada jam 11.49 malam Ahad, hantaran itu telah dikongsi lebih daripada 1,800 pengguna Facebook.

“Tak boleh nak tidur. Tak sabar nak tunggu siang, nak cari dia. Kadang-kadang kita… aku jem lah. Apa nak dibuat, sebab perkara ini tak pernah berlaku. Minta tolong kawan-kawan semua.

“Yang membuatkan aku risau adalah dia tak bawa handphone, kad pengenalan. Tak pasti sama ada dia membawa duit atau tidak. Aku risau betul sekarang ni.

“So guys, I need your help. Minta tolonglah, I need to viral this thing. Apa-apa hal, pm saya,” katanya.

The post ‘Minta tolong sangat cari anak saya’ – Bapa risau, anak gadisnya lari dari rumah appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar