-->

Lukisan besar di peha Scha Elinnea, netizen tanya tatu atau inai?

Apabila bergelar selebriti, segala tindak tanduk diperhatikan tidak kira artis yang sudah lama bertapak atau yang baru mula meningkat naik.

Pelakon Cikgu Terpaling A, Scha Ellinnea menjadi perhatian apabila memuat naik gambar lukisan seperti tatu di peha kirinya.

Memetik laporan Kosmo, dikatakan, gambar tersebut diambil ketika dia sedang bercuti di sebuah lokasi percutian terkenal.

Sehingga kini, tiada kenyataan yang dibuatnya mengenai tatu tersebut adalah tatu sebenar atau palsu.

Gambar tatu di bahagian perutnya sebelum ini pernah tular dan dia pernah menyatakan tatu itu hanyalah palsu yang dibeli dalam talian.

Menerusi ruangan komen di Instagram miliknya, ada netizen mengatakan tatu tersebut adalah tatu sementara yang hanya kekal dalam tempoh setahun.

Netizen juga tertanya-tanya sampai bila tatu di badannya akan dibuang memandangkan ramai yang meminati lakonannya.

Kata netizen lagi, pemakaian Scha di dalam lakonan berbeza dengan dunia realitinya.

Walau apa pun peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja untuk Scha memandangkan lakonannya dalam drama sangat berkesan.

Sumber: Kosmo, IG Scha Elinnea

The post Lukisan besar di peha Scha Elinnea, netizen tanya tatu atau inai? appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar