-->

7 pegawai & anggota polis ditahan kerana terbabit dalam kegiatan judi nombor ekor

Polis menahan 12 individu termasuk tujuh pegawai dan anggota polis yang terbabit dalam kegiatan judi nombor ekor haram di Pulau Pinang, hujung minggu lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, penangkapan pegawai dan anggota polis itu dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dalam beberapa serbuan selama dua hari bermula Sabtu lalu.

“Saya boleh mengesahkan bahawa ada tangkapan judi ekor haram dibuat membabitkan seramai tujuh anggota polis dan lima orang awam. Tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut kerana siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya.

Antara pegawai dan anggota yang ditahan adalah berpangkat Konstabel, Koperal, Lans Koperal, Sarjan dan Asisten Superintendan berusia antara 27 hingga 48 tahun. Manakala lima orang awam yang ditahan pula berusia antara 30 hingga 55 tahun.

Sementara itu, 12 lagi individu ditahan dalam kes berasingan di Butterworth, Ahad lalu kerana terbabit dalam kegiatan pertaruhan judi lumba kuda.

Kesemua yang ditahan oleh pasukan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), merupakan warga tempatan berusia antara 50 hingga 80 tahun.

Suspek direman selama dua harimengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(3) akta yang sama. Polis turut merampas beberapa barangan seperti tablet, buku jadual, catatan perlumbaan kuda,telefon bimbit, televisyen, komputar, empat buah motosikal, wang tunai RM7,321 dan lain-lain.

Sumber: Harian Metro

The post 7 pegawai & anggota polis ditahan kerana terbabit dalam kegiatan judi nombor ekor appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar