-->

Bayar mahal tapi duduk di atas lantai, peguam saman penganjur konsert Blackpink RM1 juta

Seorang peguam Malaysia yang dikenali sebagai Nas Rahman bertindak memfailkan saman terhadap penganjur konsert Blackpink Born Pink World Tour Live Nation Malaysia sehingga RM1 juta kerana hilang tempat duduknya di konsert tersebut.

Melalui ciapan di Twitter, beliau berkongsikan mengenai perkembangan tentang perkara tersebut yang menyebabkan dia mengambil tindakan undang-undang selepas rundingan gagal antara dia dan penganjur.

Semasa konsert Blackpink Malaysia pada 4 Mac lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Nas mendakwa dia terpaksa duduk di atas lantai, di sepanjang tangga untuk persembahan yang berlangsung selama dua jam itu.

Nas berkata, satu daripada tempat duduknya untuk dua tiketnya, nombor 37, tidak wujud kerana kerusi itu hanya sehingga nombor 36 di barisan 207.

Pada 6 Mac lalu, Nas mengeluarkan surat tuntutan terhadap Live Nation Malaysia dan mula berbincang dengan pihak penganjur untuk mencari jalan penyelesaian. Namun, kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat menyebabkan Nas mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke Mahkamah.

“Saya sudah dihubungi oleh pihak Live Nation dan Go Live. Sebab masih dalam perbincangan jadi tak sesuai untuk saya ‘go details’ (pergi ke butiran). Cuma di akhir tadi saya minta pihak mereka jawab notis tuntutan saya dan mereka maklumkan akan jawab.

@nas.rahman

Kes Saman Penganjur Konsert Blackpink iaitu Live Nation dan Go Live. Ralat: no seat adalah 36 dan 37. #blackpink #konsert #livenation #golive #saman #seathilang

♬ original sound – Nas Rahman – Nas Rahman

“Setelah beberapa kali siri ‘negotiations’ (rundingan), dua-dua pihak tak capai kata sepakat jadi saya malas nak cakap banyak, jadi saya sudah failkan saman ke atas Live Nation dan Go Live, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Sejak kes dah masuk mahkamah, jadi saya akan elakkan untuk komen berkenaan fakta dan substance kes lepas ni. Saya hanya akan update (kemas kini) tentang perjalanan kes sahaja contohnya tarikh Pengurusan Kes atau Bicara Penuh.

“Menang atau kalah, saya akan tetap update. Jangan risau,” katanya.

Perkongsian itu bukan hanya menarik perhatian netizen di Malaysia, malahan telah disiarkan di dalam program televisyen Evening UP di Indonesia.

Sumber: Kosmo! Online, Nas Rahman

The post Bayar mahal tapi duduk di atas lantai, peguam saman penganjur konsert Blackpink RM1 juta appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar