-->

“Tk boleh berdamai.. wakil syamsul akan lafaz cerai bagi pihak..” Sekian lama menanti, Peguam Sarah dedah keputusan hari ini



Pengarah sensasi Syamsul Yusof memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana sejurus usai sebutan pertama nusyuz. Ketika ditemui, Syamsul, 39, yang ditemani peguam syarie, Azmi Mohd Rais, berkata Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana melunaskan tuntutan kerja di luar negara.

Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei bagi sebutan kedua tuntutan nusyuz yang difailkan. Hari ini adalah sebutan nusyuz, tapi Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana dia ada urusan di luar negara.

Saya pun tak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak. Kita doakan yang terbaik. Kadang-kadang kita tak tahu yang terbaik untuk kita mungkin tak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa saja di luar sana.

Insya-Allah saya cuba reda dengan apa saja, mudah-mudahan begitu juga dengan isteri saya, Puteri Sarah. Saya pun tak mahu mengeluarkan kenyataan yang melukakan Puteri Sarah lagi. Harap boleh selesai dengan baik.

“Hari ini adalah sebutan nusyuz, tetapi Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana ada urusan di luar negara. “Saya tak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak. “Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa sahaja,” katanya. Dalam masa sama, Syamsul juga memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat rakan-rakannya menghadapi kemelut rumah tangga.



“Doakan yang terbaik bukan untuk saya sahaja, tetapi rakan-rakan artis lain sebab kita nampak ia jadi ‘trend’. “Ini bukan perkara main-main. Ini mengenai kehidupan peribadi dan tidak nampak indah yang disangka. Inilah realiti. “Doakanlah kami semua. Itulah hakikat sebenar,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes cerai pada Isnin depan, Syamsul berkata, dia reda dengan apa sahaja yang bakal berlaku. “Insya-Allah, saya cuba reda dengan apa sahaja, mudah-mudahan begitu juga dengan Puteri Sarah. “Saya pun tidak mahu mengeluarkan kenyataan melukakan hati Puteri Sarah lagi. Harap boleh selesai dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Syamsul tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, kira-kira jam 9.10 pagi bagi sebutan pertama kes nusyuz terhadap Puteri Sarah. Syamsul memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu di mahkamah, di sini. Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Sumber : Bharian
LihatTutupKomentar