-->

Syamsul yusof tiba mahkamah ke.s nusyuz isteri pertama, Ramai perasan Sesuatu terjadi pada Puteri Sarah



Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, pagi ini untuk sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lalu. Syamsul memakai baju-T dan blazer berwarna biru gelap tiba jam 9.10 pagi dengan diiringi peguamnya, Azmi Mohd Rais.

Kira-kira 20 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan kes bapa kepada dua cahaya mata itu. Syamsul ditemui berkata kehadirannya hari ini untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga yang berlaku selama ini.

“Doakan yang baik-baik, saya pun taknak cakap banyak di bulan Ramadan ini,” katanya kepada media. Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader. Terdahulu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Selain itu, antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah. Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.



Kemelut rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof, masih belum bernoktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas, memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.

“Mahkamah tidak terikat kepada apa-apa maklumat. Saya mendapati tiada keadaan luar biasa untuk membolehkan permohonan (pihak pembelaan Puteri Sarah) supaya tidak melalui proses JKP sebaliknya terus kepada hakam keluarga. “Mahkamah akan menggunakan bidang kuasa untuk dirujuk kepada JKP.

Sumber : Hmetro

LihatTutupKomentar