-->

“Bini no2 Tk reti jaga ke sol? serabai..” Gmbar terbaru syamsul jadi perhatian, Sekali komen individu ni pula masuk



Setelah sekian lama tidak dilihat bersama anak-anak, Syamsul Yusof akhirnya memuat naik foto bersama Syaikhul Islam dan Sumaiyyah di Instagramnya. Jelas terlihat kegembiraan di wajah pengarah sensasi tersebut bergambar dengan anak-anaknya, tambahan pula di cium oleh Sumaiyyah.

Hantaran tersebut sememangnya meraih perhatian netizen kerana sudah sekian lama hubungan bapa dan anak-anak itu tidak kelihatan sejak berlakunya kemelut rumah tangga bersama isteri, Puteri Sarah. Biarpun ramai yang gembira melihat hubungan mereka, ada juga sesetengah netizen mempersoalkan hal lain seperti mendakwa Ira Kazar tidak tahu menjaga penampilan Syamsul yang kelihatan kusut dalam gambar terbabit.



Menurut beberapa netizen, pengarah yang juga merupakan seorang pelakon itu kelihatan serabai dan nampak tidak terurus sewaktu bergambar dengan anak-anak.


Sekadar info, kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mula menjadi bualan sejak awal tahun ini setelah pelakon wanita tersebut mendedahkan segala perbuatan yang dilakukan oleh suami sejak beberapa tahun lalu di laman media sosial.

Ira Kazar yang hanya berdiam diri walaupun menerima pelbagai kecaman daripada netizen sejak mereka mendirikan rumah tangga. Malah, pengarah berusia 39 tahun itu turut barkata Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Binti Kazaruddin merupakan isteri yang mendengar kata dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Alhamdulillah, isteri nombor dua mendengar kata saya. Dia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan pun. Cuba fikir balik, dia tidak pernah keluar kenyataan.

Terlalu banyak fitnah yang berlaku, contohnya mengatakan Ira buat akaun palsu. Sejauh mana kebenaran tu? Dalam pada itu, Syamsul menjelaskan dia bukan mahu menyokong isteri keduanya namun hanya mahu merungkai kebenaran selepas banyak fitnah yang timbul sejak kontroversi melibatkan rumah tangga mereka berlaku. Benda-benda ni kita nak rungkaikan, siasat.. pasal akaun palsu ni, kita susah nak buktikan.

Sumber : Beautifulnara

LihatTutupKomentar