-->

Tak adil hukum atas satu kesalahan… Datuk Hattan mengaku tak sengaja termarah wartawan

“Hattan tak tahu ‘benda’ itu siaran langsung (live), dia baru bangun tidur.”

Demikian kata rakan baik kepada penyanyi otai Datuk Hattan, Salimey Abu Bakar yang mendakwa penyanyi Biso Bonar itu tidak mengetahui bahawa temu bual mengenang pemergian Allahyarham Mael bersama Awani disiarkan secara langsung.

Katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini, dia menonton siaran berita Astro Awani kelmarin pada pukul 10.40 pagi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

“Macam ada ‘something wrong’. Takkanlah beliau tak diberitahu penerbit temu bual tersebut dikeudarakan secara ‘live’.

@salimey1 Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral ♬ original sound – Salimey Abu Bakar

“Dia tak tahu temu bual itu ‘live’, takkan penerbit rancangan tak ‘brief’ atau beritahu dia terlebih dahulu.

“Saya bukan nak memihak kepada beliau tapi apa saya boleh ceritakan, saya terus hubungi beliau dan bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya ajukan, Datuk tahu ke yang panggilan tadi ‘live’?

“Jawapan yang diberikannya, ‘apa live?Aku tak tahu, katanya’. Saya tanya lagi, ‘biar betul Datuk tak tahu?’

Dia jawab: ‘Tak tahu, aku tengah baring mereka ‘call’ tanya soalan, aku jawab la mcm biasa’. Mungkin dia ingat cakap dengan kawan-kawan biasa atau rapat,” jelas Salimey.

Menurut Salimey, dia berasakan, tidak mungkin Hattan tidak tahu protokol apabila ditemubual secara langsung di televisyen atau radio.

“Tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk Hattan saja kerana beliau tidak minta ditemubual dalam siaran berita terbabit.

“Sebaliknya, penerbit berita Astro Awani harus bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit.

Terdahulu, nama Hattan atau nama sebenarnya, menggelegak apabila dikecam rakyat Malaysia selepas insiden penerbitan temu bualnya dengan seorang pembaca berita Astro Awani yang disifatkan biadab

Isu bermula apabila Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin menempelak pembaca berita bernama Nur Syazwani Saiful Sham itu yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan berkaitan Mael XPDC.

Hattan dihubungi untuk temu bual secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Berikutan itu, ramai pihak menggesa agar penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah itu melakukan permohonan maaf termasuklah Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Kredit – Kosmo

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar