-->

Seorang pelakon seorang lagi perenang negara, Rupanya ini yg buat jatuh cinta

Jiggy sah menjadi suami Dhabitah dengan sekali lafaz.

PELAWAK dan pengacara Jiggy mengesahkan sudah menamatkan zaman duda apabila melangsungkan perkahwinan dengan atlet terjun negara iaitu Nur Dhabitah Sabri, 23, pada Jumaat lalu.

Jiggy atau Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 33, berkata, majlis tersebut diadakan secara tertutup demi memenuhi permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Majlis akad nikah kami diadakan seara tertutup yang dihadiri lebih kurang 150 tetamu dalam kalangan ahli keluarga.

Jiggy dan Dhabitah belum menetapkan tarikh resepsi.

“Tiada niat nak sorok, hanya lebih kepada mahu menjaga amanah keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak mengumumkan apa-apa selagi hubungan kami belum sah,” katanya.

Tambah bekas anggota kumpulan Masin ini, mereka bakal mengadakan majlis resepsi namun belum menetapkan sebarang tarikh memandangkan Dhabitah sedang sibuk menjalani latihan bagi mempersiapkan diri untuk Sukan Olimpik Paris tahun depan.

Jelasnya, isterinya itu bakal berangkat ke China selama sebulan bagi menjalani sesi latihan di sana.

“Insya Allah kami akan mengadakan majlis resepsi tapi ia masih dalam perbincangan sebab kami berdua sibuk dan Dhabitah pun ada pertandingan besar termasuk Sukan Olimpik Paris tahun depan.

“Dia juga akan ke China menjalani latihan namun jika sudah ada tarikh, Insya Allah saya akan maklumkan,” jelasnya.

Tiada niat nak sorok, hanya lebih kepada mahu menjaga amanah keluarga kedua-dua belah pihak
JIGGY
PELAWAK/PENGACARA

Jiggy dan Dhabitah mula berkenalan sejak setahun lalu selepas sama-sama terlibat dalam sebuah sesi fotografi dan tidak menyangka jodoh di antara mereka berakhir dengan perkahwinan.

“Saya dan Dhabitah sudah kenal lebih kurang setahun lebih. Mula-mula kami berkawan saja selepas berjumpa di sebuah sesi fotografi.

“Kemudian kebetulan ada penggambaran program sama-sama. Jadi, dari situ kami rapat tapi memang tiada rancangan berkahwin ketika itu. Namun, Alhamdulillah jodoh kami sampai ke hari ini,” jelasnya.

Untuk rekod, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada September 2016 namun pasangan itu bercerai pada Januari 2020.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar